PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Suasana Ramadhan Di Malaysia [Gambar]

Pinjaman Bulan Ramadhan

Disebabkan rusuhan london maka almond pun bertukar nama

Main Meriam Buluh

Bubur Pasar Juadah

Salam Perantaun

EPIC - Selamat Berpuasa




Baca Artikel Penuh..



ZAKAT FITRAH 2011





“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

-Surah At-Taubah (09), ayat 103:

Berikut adalah jadual bayaran zakat mengikut negeri masing masing



Barakallah :-)



Baca Artikel Penuh..



Menu Pilihan - Ayam Bersila @ Ayam Golek :-)

Menu berbuka hari ini pehhhhhhhhh








Baca Artikel Penuh..



Salam Ramadhan Dari Bila Tinta Berbicara





Assalamualaikum. mungkin agak terlewat bagi penulis tinta bicara mengucapkan selamat meyambut bulan ramadhan al mubarak kepada seluruh kawan- kawan dan juga sahabat blogger di alam maya ni. Al maklumlah penulis dilimpahi dengan kerja yang bertimbun dan juga final year project untuk tahun akhir.

Bagi mereka yang pernah menjadi pelajar separuh masa ( kelas malam/ hujung minggu) ramadhan ini akan lebih mencabar di mana masa harus di bahagikan antara kerja,ibadah dan juga kelas di tambah lagi dengan tugasa yang senantiasa di berikan oleh pensyarah
maka atas sebab itu lah mungkin penulis telah tergelincir dari landasan untuk mengupdate blog :-)

Di kesempatan ini penulis ingin berkongsi serba sedikit mengenai Ramadhan al Mubarak

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ


Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)

[Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.]

Semoga ramadhan kali ini memberikan seribu rahmat kepada mereka yang cuba mencari keberkatan darinya

Ahlanwasahlan ya Ramadhan :-)





Baca Artikel Penuh..



Ahlan Wasahalan ya Ramadhan - Fadilat Solat Terawikh malam Ke 2





Fadhilat dan kelebihan solat Tarawih malam ke 2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.





Baca Artikel Penuh..



Itulah Seorang Guru




Hari ini, Seorang Perdana Menteri...
Hari ini, Seorang Ahli Perniagaan Terkemuka...
Hari ini, Seorang Ahli Muzik, Penjawat Awam, Pekerja Swasta..
Hari ini, Seorang Manusia...
Datangnya dari hasil dan titik peluh seorang Guru
yang mengajar bermula dari Huruf yang paling Asas,
yang Mengajar bermula dari Nombor yang paling Asas
"A,B,C, Alif Ba Ta, Satu Dua Dan Tiga.
Itulah Seorang Guru..

Jeritan Suaranya Menusuk ke Sanubari,
Kesakitan rotan panjangnya masih teringat di jari jemari,
Lemparan Pemadam papan hitamnya masih berbekas di dahi,
Bekas habuk kapurnya masih terconteng di pipi,
Namun niatnya hanya satu di hati
Menjadikan Manusia itu "Seperti" Seorang Manusia...
Itulah Seorang Guru

Senyuman Paginya masih teringat di hati,
Renungan Matanya masih terbenam di hati
Namun Nasihatnya yang masih terkenang di hati..
Itulah seorang Guru

Hari demi Hari mereka tempuhi tanpa sedikit pun mengenal erti,
berputus asa jauh sekali menarik diri,
berpuluh muridnya beribu ragamnya,
Kereta di calar lumrah hidupnya
Nama di conteng di diding tandas mainan hidupnya
Namun tidak sedikitpun dendam itu di simpan di hati
Itulah Seorang Guru

Terus Membakar diri sendiri
Untuk menerangi kami yang dangkal di siang hari
Terus tegak berdiri mengajar kami,
Untuk kami yang lupa dan tak kenal Diri,
Itulah Seorang Guru..

Walau Cahanya semakin pudar,
Gelaran Cikgu di bawa kesana sini
Walau perginya bertandakan Nisan,
Namun Ilmunya tetap mekar di Hati Kami
Itulah Seorang Guru..





Terima Kasih cikgu
SKPJ
SMKPJ
Institut Profesional Baitulmal,
Segi College
University of Greenwich

- Selamat Hari Guru Cikgu-






Baca Artikel Penuh..



EARTH HOUR 2011 - MALAYSIA

WWF Official Logo
Assalamualaikum :-)

Sekali lagi acara yang di sebut jam untuk bumi( (direct translation)
bagi tahun 2011 akan diadakan. Sebagai penduduk bumi sebenarnya masih banyak lagi cara bagi kita menghargai bumi kita,bumi yang akan diduduki oleh pewaris pewaris kita,
namun semakin kita sedar adalah terlewat bagi melakukan sesuatu apabila,
suhu bumi terlalu panas lantaran penapis semula jadi ( lapisan ozon) semakin nipis dengan gejala yang kurang sihat

Seperti mana yang pernah tercatat dalam riwayah kisah kisah anbiya di mana seorang itu telah berjumpa dengan orang tua ( lantas Nabi berkata itu adalah usia dunia) yang membawa maksud kita ini adalah hampir dalam golongan akhir zaman,

Semakin banyak jugalah bencana bencana alam yang akan datang menjengah bumi akibat dari ruangan yang semakin sempit dan semakin tidak stabil, oleh itu sebuah pertubuhan dari luar negara telah mengasaskan hari jam untuk bumi bermula dair Melbourne dan kini mula di terima di serata dunia
Earth Hour Malaysia


Apa yang boleh anda lakukan? mudah

Pada jam 8.30 hari sabtu bertarikh 26 March 2011 berikan sedikit sumbangan dengan hanya mematikan lampu atau apa apa sumber yang mengunakan eletrik selama satu jam
mudah bukan? ah bukan ada saja yang ingin menghiris dengan kata kata "alahai sejam je apa lu boleh buat der takde function pun" sekurang kurangnya kita mencurah juga bukan? dan perbuatan ini akan di ikuti oleh seluruh penduduk dunia kan besar kesanya sejam yang sungguh beharga :-)

KLCC 

Di samping itu anda boleh juga mendaftar di wwf.org.my dan menyertai "Live Green : One switch at a time"

Aku dah pun dapat baju earth hour untuk tahun lepas tahun ini tidak pasti lagi :-) tapi orang kata seloknya dengan tangan kanan biarlah tangan kiri tidak mengerti bukan

selain itu kitar semula,pengunaan barangan yang boleh di kitar semula,dan juga pengurangan kadar asap di jalanan (rokok ke kereta bagai ke) juga adalah sedikit contoh sumbangan yang boleh kita buat.. bagaimana? tepuk dada tannyalah diri

Ayuh hulurkan tangan kepada aktiviti sukarelawan yang terbesar dunia ini matikan lampu anda sebagai tanda sokongan ( awas dengan orang tidak dikenali ketika gelap) semoga ia akan terus merintis program yang lebih signifikan bagi memulihara bumi yang tercinta ini

(entry ini bukanlah entry berbayar boleh tak :-) )



Baca Artikel Penuh..



 Online User