PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label Jepun. Show all posts
Showing posts with label Jepun. Show all posts

[Video] Tragik Tsunami Melanda Jepun

Sekadar berkongsi...... tak perlu menaip panjang panjang moh kita lihat video rakaman dari orang awam yang berada di atas bukit yang melihat bagaimana tsunami melanggar jepun dengan tragis dan tanpa belas kasihan...






Dapat di lihat pada minit2 terakhir seorang lelaki berbaju biru turun kembali ke hujung tangga untuk membantu menyelamatkan orang lain, dalam keadaan genting beliau tidak memikirkan mengenai keadaan diri dan dapat dilihat bagaimana beliau di sambut pergi oleh arus tsunami

R.I.P hero yang tak di undang


Kita rakyat Malaysia?
Masih belum teruji bukan?
Bayangkan......















Baca Artikel Penuh..



Tsunami di Jepun - Warga Tua Ditemui SELAMAT di laut

Mangsa Tsunami di hampiri Tentera Jepun



Seorang lelaki tua, Hiromitsu Shinkawa hanyut di laut sejak tsunami melanda Fukushima di timur laut Jepun akibat gempa bumi kuat yang berlaku pada Jumaat lalu.Dia hanya diselamatkan semalam selepas sebuah bot tentera laut Jepun dapat mengesan lelaki yang berumur 60 tahun itu yang sedang melambai-lambai menggunakan kain berwarna merah.ketika itu, Shinkawa hanya 15 kilometer dari persisiran pantai, Minamisoma.

Beliau telah pun cuba melambai kepada beberapa buah kapal dan helikopter malangnya tiada sebuah pun yang perasan mengenai kehadiran beliau. Menurut beliau lagi Tsunami yang tercetus melalui gempa bumi di Jepun itu telah menghayutkan beliau dan juga Isteri beliau. Walau bagaimanapun Isteri beliau telah hanyut di bawa arus Tsunami.






Baca Artikel Penuh..



Jepun Di Langgar Tsunami


Satu gempa bumi kuat di Jepun berukuran 8.9 skala itu telah menyebabkan arus Tsunami berketinggian 10 meter untuk menghempas pesisiran kepulauan di sana. Mengikut laporan bulan sabit merah sebanyak 300 mayat telah di temui di bandar "Sendai" Jepun.

Arus Tsunami yang kuat juga telah melanggar habis apa sahaja yang berada di laluannya seperti mana yang pernah berlaku di Acheh satu ketika dulu. Penduduk Fukushima Jepun telah di arahkan berpindah oleh pihak berkuasa Jepun. Walaubagaimanapun Tsunami yang melanda bandar tersebut tidak menyebakan kebocoran kemudahan nuklear di sana.

Walau bagaimanapun kemudahan nuklear di Fukushima Jepun telah di arahkan berhenti beroperasi bagi mengelakkan malapetaka yang lebih dasyat, Arus Tsunami yang diakibatkan gempa bumi di Jepun ini adalah yang terkuat semenjak 140 tahun yang lampau. Satu video amatur telah berjaya merakam bagaimana Arus Tsunami ini telah menyapu bersih rumah,kapal dan kemudahan yang berada di laluan Arus

Sementara itu Pihak kedutaan Malaysia Di Jepun telah mengesahkan buat masa ini tiada mangsa yang terkorban dari Kalangan Rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun Rakyat Malaysia yang berada di Jepun yang terjejas hendaklah berhubung dengan pihak kedutaan secepat yang mungkin.



Negara negara pesisir pantai telah pun mengeluarkan amaran tsunami seperti Rusia China Indonesia dan lain lain jadi penduduk di arahkan senantiasa berada di tempat yang lebih tinggi ( khabarnya arus kedua di jadual melanda Jepun jam 8 Malam waktu tempatan)

Berdoalah kita untuk rakyat Malaysia di sana






Baca Artikel Penuh..



 Online User