PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Panglima Perang - Meludah penguna Facebook (Muka Buku)

Gempar pengguna Myspace mengamuk dan menjadi panglima perang lalu ingin meludah mahasiswa yang mengunakan facebook ;-)
Jom layan video Ni


Ini adalah rentetan dari kes ingin Meludah oleh pemuda Umno dan juga Press Conference sebagai kenyataan balas

Layan je ;-)




Baca Artikel Penuh..



CITA - CITA


Mood menulis dengar jujur lama dah tak datang dalam kepala. Secara tiba tiba ia muncul kembali. Korang ada cita cita tak? apa cita cita korang masa zaman sekolah dulu
bak kata kawan aku kat fb mesti osem kalau ada cita cita yang hebat hebat belako

Masa kita darjah satu kita dikehendaki mengisi buku biru dalam tu ada maklumat peribadi masing-masing dan yang pasti ruangan cita cita adalah ruangan yang harus di isi macam aku. Aku letak nak jadi pemain bola, askor , polis dan last sekali cikgu.

Kalau budak2 pompuan mesti letak nak jadi cikgu doktor peguam, cita cita mesti nerd je kan? Hihih begitulah sepanjang zaman persekolahan & kolej aku mungkin dipengaruhi
oleh cita cita yg pernah aku tulis lantas sememangnya aku tak boleh duduk dalam kelas memanjang je hilang, aku jugak terlibat dalam banyak aktiviti luar kelas mengembankan kemahiran interpesonal,masuk hutan berkhemah,daki gunung .

Tapi akhirnya lepas belajar aku terjebak kat sini
5 hari seminggu 9 pagi sampai 5.30 petang bosan kan?


#Korang punya cita cita dulu apa yer?


Baca Artikel Penuh..



Keajaiban - Bayi yang Comel



Assalamualaikum
Dah jumaat maknanya besok cuti ;-) cek dah clear maknanya? year end sale osem ;-)
ok takde kene mengena dengan tajuk meh aku nak share beberapa keajaiban baby bukan babi ko bayi hahahaha

Semuanya ada enam belas ok.

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
  • Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  •  Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  •  Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
  •  Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  •  Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
  • Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Osem ;-)


Baca Artikel Penuh..



Tazkirah - Aku juga Seperti Kamu.





Tidak lari dari membuat dosa, kerap kali terkhilaf dalam perbuatan jauh sekali ingin menghampiri kesempurnaan. Nasihatilah aku, bimbinglah aku,ajarkan aku walau sepatah ilmu yang kau belajar dariNYA.

Semoga kita tidak tergolong dalam manusia yang lalai lagi melekakakan.

Bersediakah aku, kau dan mereka?




Baca Artikel Penuh..



KERETA HILANG - MAKLUMAT DI PERLUKAN

Petikan adalh seperti berikut

Member Perlukan Bantuan! 10/7/2011Minta tolong sebarkan... Kereta abang saya chepot\9w2pot\wan telah dirompak sebentar tadi di rumahnya di bandar kinrara, puchong... Kereta yang hilang jenis MYVi Passo warna putih.. No pendaftaran WPY2656 .. Isteri beliau dirompak ketika ingin membuka pintu pagar dan kereta dilarikan oleh beberapa org lelaki. Tolong sebarkan. Terima kasih (roslan\kudu\9w2kdu\PR-LN\G143​\WRR)
 
Mintak tolong sebar sebarkan . Sesiapa yang ada maklumat boleh hubungi nombor yang tertera di imej. 
Barakallah







Baca Artikel Penuh..



Penghargaan : Kasih Sayang dan Pengorbanan Mereka



Di sebuah menara kolongmerat terkenal di ibukota.... seorang anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian dengan kepujian cemerlang telah datang untuk menghadiri satu temuduga bagi jawatan di syarikat tersebut, wajah yang mulus, tangan yang licin, muka yang suci ah mungkin masih mentah bagi menghadapi dunia yang kejam di luar sana.




Lantas apabila nama di panggil pemuda itu masuk ke bilik penemuduga dengan harapan yang mengunung,
setelah ahli panel penemuduga meniliti kandungan resume pemuda tersebut panel itu mengajukan beberapa soalan kepada pemuda tersebut...

Panel : Adakah anda memegang mana mana biasisiswa ataupun membuat pinjaman bagi melanjutkan pelajaran

Pemuda : Tidak

Panel : Adakah ini bermakna orang tua kamu yang menangggung segala kos pengajian dan sara hidup kamu ketika kamu melanjutkan pelajaran

Pemuda : Ya

Panel : Apakah pekerjaan ibu kamu?

Pemuda : Seorang yang mengambil upah mencuci pakaian, tuan.

Lantas panel meminta izin bagi melihat tapak tangan pemuda tersebut... sungguh licin dan bersih jadi panel itu terus bertanya adakah kamu tidak pernah membantu ibu kamu dalam tugasan harian beliau. Dengan nafas yang menghela pemuda itu mejawab, "Tidak tuan setiap kali saya ingin menghulurkan tangan Ibu akan memarahi saya dan mengarahkan saya supaya masuk kedalam bilik untuk menelaah pelajaran dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Baiklah saya mahu kamu balik ke rumah untuk membantu ibu kamu mencuci pakaian dan kembali ke sini pada ke-esokan harinya. Dengan hati yang teruja kerana menyangka peluangnya cerah pemuda itu pulang ke rumah untuk melaksanakan tanggungjawab yang di arahkan oleh panel penemuduga itu

Dirumah pemuda itu tadi beria ia untuk membantu ibunya, sambil itu pemuda itu mahu melihat telapak tangan ibunya...dengan perasaan gembira dan sedikit takut ibunya menghulurkan tanganya bagi di pegang oleh anaknya....

Alangkah terkejutnya si anak melihat kesan calar,luka lama di tangan ibunya,sungguh teruk air mata pemuda itu menitis jatuh, dengan perlahan lahan dia memeluk ibunya lantas mengambil baki pakaian yang hendak di cuci lantas dibersikah menggantikan ibunya... Inilah kali pertama beliau tersentuh kerana dengan tangan itulah yuran persekolahan, yuran pengajian dan kos sara hidupnya di berikan oleh ibunya ...

Pada ke-esokkan harinya dengan mata yang lebam kerana air mata yang tidak berhenti menangis pemuda itu hadir untuk temuduga pusingan ke dua.... lantas panel bertanya apakah yang telah dilakukan oleh pemuda itu dalam masa semalaman.... setelah menghabiskan cerita... Panel itu bertanya pelajaran yang baru sahaja di perolehi oleh pemuda itu yang tidak diperoleh selamat bertahun tahun di merana gading...

Pemuda : Tuan.... tanpa ibu siapalah saya hari ini tuan...sesungguhnya sungguh susah bagi ibu saya mencari wang bagi menampung perbelanjaan saya, syukurlah hari ini saya masih berpeluang untuk membalas jasa mereka..

Sambil menghela nafas panel itu berkata.... itulah yang kami cari pada calon yang ingin berkhidmat kepada kami..... Mereka yang menghargai teman sekerja yang sedar bahawa tanggungjawab itu adalah besar untuk dipikul dan tidak dihanyutkan kebongkan dengan segulung ijazah yang mereka perolehi

Tahniah anda dipilih

Lantas air mata pemuda itu berjurai jatuh buat kesekalian kalinya....




Baca Artikel Penuh..



Kehidupan....

Sedikit perkara yang perlu di lakukan bagi memastikan
hidup anda semakin dan bertambah ceria katanya :-)


Kehidupan ini sepatutnya indah kan? siapalah pengatur agar kita sekolah , sambung belajar,dapat kerja,bayar hutang, dan bayar cukai lepas tu mati?itu pandangan dari dunia kapitalis yang semakin mempengaruhi hidup kita....

aku jugak nak ambil peluang menyatakan pendirian aku kat sini kepada pengkritik2 blogger....aku gembira kerana sebenarnya
mengkritik bukan bermakna membenci
bersetuju bukan bermaksud menyokong
berbeda pendapat adalah
teman berfikir yang terbaik...

cuba matlamat itu tak menghalalkan cara bukan?
jangan selalu selak kain orang nanti kain sendiri terlondeh tak nampak ;-)






Baca Artikel Penuh..



 Online User