PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label Lambain Kaabah. Show all posts
Showing posts with label Lambain Kaabah. Show all posts

Wukuf Di Arafah



Assalamualaikum selamat tenghari
masih lagi dalam kesayuan ni :-( hahah tapi tak apalah life must go on rite?
erm nampaknya Musim haji akan Mula sampai ke kemuncaknya...kan? sepertii mana yang berlaku di padah arafah arab saudi

Dengan memakai ihram, sekitar dua juta umat Islam melakukan wukuf di sini bagi menunaikan rukun kedua ibadat haji.

Ramai jemaah memulakan perjalanan sebelum subuh dalam usaha mereka untuk sampai ke puncak Bukit Arafah yang juga dikenali sebagai Jabal ar-Rahmah, di luar tanah haram iaitu kira-kira 18 kilometer dari kota Mekah.

Bukit tersebut merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhir kepada umat Islam.

Mereka yang berjaya sampai bukit itu selepas berasak-asak duduk di lereng-lereng bukit sambil berdoa dan membaca al-Quran.

Sejumlah lagi dilihat menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan gambar manakala sebahagian lagi jemaah duduk di atas hamparan tikar di atas batu-batu di bukit berkenaan.

"Sukar untuk saya menggambarkan perasaan saya. Saya seperti berada pada Hari Kebangkitan," kata seorang jemaah dari Syria, Mossaad Mheymeed ketika berdiri di puncak Jabal ar-Rahma


Hurm bertuah lah mereka yg terpilih di sana...
aku kat sini? masih strugle tanpa internet di office baru ....
tak apalah




Baca Artikel Penuh..



Lambaian Kaabah - Mencari KeredhaanMu....

Lambaian Kaabah
Asslamualaikum
diam tak diam minggu depan kita akan menyambut satu lagi perayaan iaitu Raya Haji
kemenangan bagi mereka yang telah berjaya di dalam perjalanan menemui Allah

Jom play lagu ini dulu amik mood :-)




Hari Isnin ini kita akan melihat sedikit sebanyak mengenai Ibadah Haji yang merupakan rukun Islam Ke Lima bagi kita yang telah mengucap dua kalimah syahadah

Haji dan Kewajipan


IBADAT haji boleh dikerjakan berulang kali bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan cukup syarat-syaratnya. Walau bagaimanapun menurut ulama, ibadat haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup berdasarkan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu yang maksudnya :

"Telah berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam khutbah Baginda : "Wahai sekalian manusia, Allah Subhanahu Wataala telah mewajibkan kepada kamu ibadat haji, oleh kerana itu kamu kerjakanlah haji," seorang lelaki bertanya : "Adakah (dikerjakan haji) pada setiap tahun?" Baginda diam tidak menjawab, sehingga lelaki itu mengulang-ulang pertanyaannya sebanyak tiga kali, selepas itu baru Baginda menjawab dan bersabda : "Jika aku katakan "ya", nescaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berdaya melakukannya." - (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim).



Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.’’ (Surah Ali Imran ayat 97).

Mengenai kewajipan ibadat haji ini Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan dalam sabda Baginda yang maksudnya:

Agama Islam itu dibina atas lima perkara bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan mengerjakan haji.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).


Lambaian Kaabah 

Syarat Wajib Haji


  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Merdeka
  • Berkuasa

Berkuasa itu di bahagi pula kepada dua bahagian

A) Dengan Sendiri di mana ianya

  1.  Ada tambang pergi/balik
  2. Ada bekalan Makanan
  3. Ada kenderaan pergi dan balik
  4. Aman dalam perjalanan pergi dan balik
  5. Sihat tubuh badan
  6. Berkesempatan masa
B) Dengan Petolongan Orang lain ( Badal Haji)
  1. Uzur tidak dapat menunaikan sendiri
  2. Sakit yang tiada harapan sembuh
  3. Terlalu tua
  4. Telah meniggal dunia @ tidak berupaya menunaikanya ketika masih hidup

Kepada mereka yang berpluang bertemu Allah di baitullah TintaBicara mengucapkan selamat beribadah doakanlah Malaysia ini dan dunia Islam supaya aman makmur damai selamanya
Semoga ibadah kalian di terima Allah Besyukurlah kerana di terima Allah untuk menjadi tetamunya pada tahun ini

BilaTintaBicara - Kemanisan Iman bukan boleh di jual beli jom perbaiki diri kita bersama sama moga mendapat keredhaannya





Lambaian Kaabah





Baca Artikel Penuh..



 Online User