Secara jujurnya Malaysia telah menawarkan samaada biasiswa ataupun pinjaman bagi sesorang yang bergelar rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
Namun kali ini aku bukan lah nak melihat dari aspek berapa hebatnya pelajar dalam usaha mengapai keputusan yang cemerlang... tapi dari segi kewangan. Rakyat Malaysia (tidak semuanya) selalu membazir dalam perkara yang lagha dalam kata lain perkara yang tidak mendatangkan keuntungan pada jangka panjang.... gemar berbelanja untuk memenuhi kepuasan hati ( demand & supply).
Jadi perkara sebegini di ambil pusing oleh pengdedar,peniaga dan siapa sahaja yang mempunyai kuasa menjual untuk memanipulasi kehendak seseorang walaupun kadang kala barang yang di jual sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah kepada pembeli tersebut...
Sindrom terbaru adalah Kamera besar besar
kata kata pilihan untuk kali ini adalah
Berapa ribu yang anda sanggup laburkan hasil dari duit pembiayaan pelajaran untuk benda sebegini rupa...benarlah bahawa duit anda suka hati anda lah,tapi ingat bersuka suka sekarang di tengah bulan ibu yang yang terbeban..... contoh lain beg gucci prada bagai,telefon pintar sangat....
Nah membazir amalan syaitan....bukan cuba untuk menjadi tuhan dunia sekadar mengingatkan bahawa perjalan itu masih panjang kalau ada lebih ASB,Gold Investment adalah alternatif untuk mengandakan duit dengan cara halal dan selamat. ( Penulis tidak terlibat sebagai ajen asb atau gold investment harap maklum).
Lebihan itu pasti berguna di kala kita terdesak,memulakan hidup baru sebagai bekas pelajar atau mungkin menambah aset,dan berkahwin?
Pengurusan kewangan itu amat penting,kalau tak di kawal sekarang kemudian hari liarnya bertambah tambah bukan?
Ini mungkin satu dari beribu aspek yang perlu di renung bersama bukan?
Sekadar berkongsi rasa


