Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup mencabul anak saudara perempuannya berusia lima tahun ketika hendak memandikannya di rumah ibu bapa kanak-kanak itu di Jinjang, di sini, Isnin lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit yang juga seorang penganggur tinggal bersama bapa mangsa yang juga abangnya sejak setahun lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kanak-kanak itu tinggal bersendirian dengan suspek selepas bapa dan ibunya keluar bekerja.
Menurut sumber, suspek yang diminta memandikan anak saudaranya itu oleh ibu bapa mangsa dikatakan hilang pertimbangan ketika membuka pakaian mangsa.Suspek yang terangsang sebaik menanggalkan pakaian mangsa kemudian mencabul mangsa.
Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu hanya mampu menangis dan suspek cuba memujuknya,” katanya. Sumber berkata suspek berjanji untuk membelikan sesuatu kepada mangsa sebagai umpan agar kanak-kanak itu tidak membongkar perbuatan kejinya itu. Bagaimanapun, sebaik ibu dan bapa mangsa pulang ke rumah, kanak-kanak terbabit terus menceritakan kejadian berkenaan. “Walaupun berulang kali ditanya, kanak-kanak terbabit masih memberitahu diperlakukan demikian oleh suspek,” katanya. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk pemeriksaan lanjut.
Difahamkan, doktor yang memeriksa mangsa mengesahkan terdapat kesan luka pada kemaluan mangsa. Pasangan kemudian ke Balai Polis Jinjang, untuk membuat laporan. Difahamkan, suspek sudah diberkas dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, (gambar) ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Dunia Dunia....
6 Dakwat Tumpah:
bahaye la duduk serumah ngan ipar..menganggur lak tuh..xgune betol..dem u!
jahtnya laki ni...
haihhh..pelik la sekrg ni
baru budak 5thn tu..
dah blh tergsng...terok betoi.....
takde hati perut betul.. budak kecik tu mana lah tahu apa2
budak 5 tahun pon masih teransang lg ke??xde ape2 pon lg kot..yg belum tumbuh ape2 pon ade nafsu jugak..masyaALLAH...ape la dosa budak kecik tu...
nauzubillah....
Hindarkanla perkra sebegini berlaku kepada anak2ku..
Neraka Jahanam betul la!
rasa nk pukul kalau jmpe org mcm ni..grrr
Post a Comment