PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Jual Murah pun dapat untung?
KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.
Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.
Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.
“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya. - Kosmo
Geleng kepala aku baca berita mcm ni setiap kali ada je PELARASAN SUBSIDI...setiap kali la jentera kerajaan akan main propaganda politik kurang kan gula berkongsi kereta jual murah dapat untung....sama je skrip dia setiap kali...tak percaya? anda nilai la sendiri
Related Posts : Berita Semasa,
Minyak Naik
Labels:
Berita Semasa,
Minyak Naik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
7 Dakwat Tumpah:
meh meh dtg tgnu. hee
tapi kelantan n terengganu memang makanan diorang murah sikit dari sini...
sedap bunyi 'pelarasan subsidi' tu kan. tak lah seburuk 'harga naik.'
aku no komen pasal ni.. tapi macam tak logik. haha. komen jugak. haha
perggghhhh gile murah...nk g crik la tmpt ni..hak3
gile murah!! patut wat cawangan kat erak lak..heee...bgus mkcik tu amek untung siket2..tak tamak.. :)
kalau hati ikhlas, rezeki berkat........ kan kan kan???
murah rezeki akak nih...hasil doa dari pelanggan jgk...alhamdulillah
Post a Comment