NIK KHAIRUL diiring keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan semalam |
Akibat meragut beg uncang mengandungi wang RM10 milik seorang pelajar perempuan, seorang penjual ikan dikenakan hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Irwan Suaibon menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Nik Khairul Azmi Salleh, 28, dari Triang, Bera selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukannya pada 12 November lalu.
Irwan menjatuhkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh Nik Khairul ditangkap selepas tertuduh merayu supaya diringankan hukuman kerana isterinya baru melahirkan anak yang kini berusia tiga minggu.
Selain wang, uncang tersebut mengandungi kunci rumah, MyKad, buku bank dan surat hospital.
Nik Khairul dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Baru kene buku dengan ruas....itu nasib baik polis dapat kau dulu kalau dapat kat orang awam memang nahas la kau penjara dalam kubur je la
Sorry emo tapi aku memang anti peragut betul la!
15 Dakwat Tumpah:
bengong tahap apelah manusia ni
yg g ragut beg dak skolah tu watpe
takde masalah cari masalah
huh!
ai pun emo ni asy!
10 hengget pun nak ragut. ish. apelah org nih..
huhu..padan muke dye..bnyk lg bende halal leh wat..moga dia mendpt pengajaran..
ish3. macam2 hal. kesimpulannya, usaha sendiri. jangan ragut2. tak berbaloi.
apsal la buat keje2 cmtu..
jage la bini tu elok2..
anak baru 3 mggu kot..
tak pasal2 je....hish...da la sebab beg yg ada 10hengget tu je...tak berbaloi baloi langsung..
haihh..rm10 je pon..tah ape2 mengabihkan boreh je..xberbaloi
matpet betoi! geram jer ngn org camnih.. dpt mmg kena tibai smpai lembik...
Peragut manusia paling berani mati sebab mengambil risiko yg x tau hasil dia lumayan ke tidak.. nasib tak baik yg di ragut cuma RM 10 ko kena meringkuk dlm jail 4 tahun.. so how??
RM 10 kena 4 tahun..
cabul 3 kali = penjara 9 bulan
pelik juga sistem dkt malaysia nih
hahahaha
P/S : Rasa Macam Nak Goreng Tepung Jer Operator Pizza Hut Nih
badan sehat cubalah buat kerja yang berfaedah taklah jadi penghuni penjara. rugi...rugi...sia-siakan usia selama 4 tahun.
padan ngan muka..kecik2 x nk mampos..dh besar jadi peragut, nyusahkan orang..
sangat xberbaloi. padan muka~
ni namanya tak ingat dah ngn halal haram. kalau dia jual ikan lagi banyak kot hasil dia dapat. g cari tin ke, jual kutip kotak je. halal per..
takkan nak bagi anak bini makan duit hasil ragut plak??
hish3! tu la..taka kene tak tau kan..bia jd pngajaran kat dye :)
Post a Comment