PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Jepun Di Langgar Tsunami
Satu gempa bumi kuat di Jepun berukuran 8.9 skala itu telah menyebabkan arus Tsunami berketinggian 10 meter untuk menghempas pesisiran kepulauan di sana. Mengikut laporan bulan sabit merah sebanyak 300 mayat telah di temui di bandar "Sendai" Jepun.
Arus Tsunami yang kuat juga telah melanggar habis apa sahaja yang berada di laluannya seperti mana yang pernah berlaku di Acheh satu ketika dulu. Penduduk Fukushima Jepun telah di arahkan berpindah oleh pihak berkuasa Jepun. Walaubagaimanapun Tsunami yang melanda bandar tersebut tidak menyebakan kebocoran kemudahan nuklear di sana.
Walau bagaimanapun kemudahan nuklear di Fukushima Jepun telah di arahkan berhenti beroperasi bagi mengelakkan malapetaka yang lebih dasyat, Arus Tsunami yang diakibatkan gempa bumi di Jepun ini adalah yang terkuat semenjak 140 tahun yang lampau. Satu video amatur telah berjaya merakam bagaimana Arus Tsunami ini telah menyapu bersih rumah,kapal dan kemudahan yang berada di laluan Arus
Sementara itu Pihak kedutaan Malaysia Di Jepun telah mengesahkan buat masa ini tiada mangsa yang terkorban dari Kalangan Rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun Rakyat Malaysia yang berada di Jepun yang terjejas hendaklah berhubung dengan pihak kedutaan secepat yang mungkin.
Negara negara pesisir pantai telah pun mengeluarkan amaran tsunami seperti Rusia China Indonesia dan lain lain jadi penduduk di arahkan senantiasa berada di tempat yang lebih tinggi ( khabarnya arus kedua di jadual melanda Jepun jam 8 Malam waktu tempatan)
Berdoalah kita untuk rakyat Malaysia di sana
Related Posts : Gempa Bumi,
Jepun,
Tsunami
Labels:
Gempa Bumi,
Jepun,
Tsunami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
9 Dakwat Tumpah:
doakan semua rakyat malaysia selamat..amin
Do pray for them, please. Ameen. -.-
astagfirullah.... samalah kita doakan kesejhteraan kita semua... aminnn....
risau juga... ramai rakyat msia kat sana....
menakotkann. :(
kesian diorang , semoga Allah melindungi kita semua dari bencana yang lebih teruk .
moga2 tempiasnya tak sampai ke negara kita
tinggi kot 8.9 ritcher tu..tp hri tu indonesia lg tinggi..
kawan aku cakap mmg gegar rumah. rasa cam nak terbalik pon ade :(
Post a Comment