PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut
Showing posts with label Minggu haluan siswa. Show all posts
Showing posts with label Minggu haluan siswa. Show all posts

Kalaulah Maut mu ditakdirkan 10 Saat dari Sekarang....




Sudah masuh hari ke Lima minggu ikatan siswa @ orientasi berlangsung Hari ini setelah Lampu bilik itu ditutup....peserta @ pelajar yang sedang mengikuti minggu ikatan siswa di bawa ke kumpulan kecil masing .masing fasilitator pula memainkan peranan sebagai pemudah cara aktiviti yang di jalankan....

Seorang demi seorang pelajar baru itu ditelah dikenalpasti bagi memastikan kelancaran program itu lantas aktiviti itu di mulakan

Adik adik..... apa tujuan kita melangkah ke menara gading? Pelbagai jawapan di terima si fasilitator dari peserta di dalam kumpula,. ada yang nak bekerja besar, nak gaji besar nak harumkan nama ibu bapa,nak berjaya ...... fasilitator itu mencelah... adakah itu tujuan adik adik belajar di disini? apakah dengan mengenggam segulung Ijazah itu adalah erti sebuah kejayaan? Maka fasilitator itu berhujah mengenai kehidupan di mana.....segulung ijazah itu bukan lah segala galanya.....dalam proses memanusiakan manusia... matlamat akhir adalah mencari siapa diri sendiri, menjadi diri sendiri, dan kembali kepada Pencipta tuan empunya diri.......

Lantas satu soalan di lontarkan kepada para peserta " Apa akan jadi kalau adik adik tau Nyawa adik adik hanya berbaki 10 saat di mana Malaikat Maut sedang menanti untuk merentap roh dari jasad kita" suasana kembali senyap ,masing masing terkesima dan sedang memikirkan sesuatu...

Lantas fasilitator bertugas memecahkan suasana hening di petang itu dengan sedikit percambahan minda....ternyata bukanlah segulung ijazah itu yang menjadi igauan...apa yang penting di dalam kehidupan adalah mencari jalan yang sangat di redhai NYA......

Benar dan Benar setiap manusia itu langsung tidak pernah  "tidak" melakukan kesilapan di dalam hidup...tiada yang sempurna kerana manusia itu bukan maksum.....apa yg penting adalah bagaimana kita memperbaiki diri dalam setiap langkah demi langkah yang kita gagahi....

Tak mengapa kalau perjalanan itu di landa badai mahupun tersesat di pertengahan jalan asalkan kita berusaha mencari jalan yang benar dan cuba sedaya upaya merenangi launtan yang bergelora itu...

Lantas satu demi satu adik adik menyuarakan isi hati mereka tentang apakah yang mereka akan lakukan sekiranya perkara itu berlaku......












TintaBicara
Ex Fasilatator yang pernah mengendalikan
minggu ikatan siswa,
kem integrasi,
Jurulatih Perkhemahan unit berunifom Sekolah Menengah
Jurulatih kawad kaki - Unit Beruniform Sekolah Menengah-


-Sekadar Berkongsi-
Antara Siri Pengalaman Sebagai Fasilitator dan Pengendali Kem Kepimpinan

- Dear Fasilitator part 1-
- Dunia ini indah tapi sayang saya tidak dapat melihatnya-
- Chicken Dance -
- Warisan -


Baca Artikel Penuh..



Dear Fasilitator- Part 1


Menjadi seorang fasilitator adalah perkara
yang amat mudah daftar nama terus boleh
menjadi fasilitator,akan tetapi untuk menjadi
seorang fasilitator yang berjaya
dalam melaksanakan amanah yang di beri adalah sesuatu
yang akan sentiasa menjadi cabaran bagi diri seseorang.


Fasilitator adalah pemudah cara bagi sesuatu program
modul,aktiviti di sampaikan dengan sempurna kepada
golongan sasar (peserta.
Ia bukan lah sesuatu yang mudah kerana kita berhadapan
dengan pelbagai ragam kehidupan dan tabiat manusia yang tersendiri.

Antara perkara-perkara asas sebelum kita boleh tampil ke dalam sesebuah kumpulan
dan mengaplikasikan ilmu kita bersama kumpulan sasar
ada 5 perkara penting yang perlu di analisa supaya sesuatu pogram berjalan lancar

Antara tugas tugas asas seorang fasilitator adalah

1)Memudahkan proses perbincangan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan licin
2)Memrlukan kepada pemerhatian menasihati,membantu,membimbing dan kaunseling secara Maksimum
3)Manakalah mengurus mengarah dan mengawal sesuatu kumpulan dan perbincangan mestilah pada tahap yang paling minimum
4) Antara peranan penting fasilitator di dalam Latihan dalam Kumpulan adalah
- Bertanggungjawab memastikan objektif setiap permainan simulasi dan segmen LDK tercapai
- Mengawal ahli kumpulan supaya tidak melampau batasan atau menimbulkan provokasi


Didalam melaksanakan amanah yang di beri seseorang fasilitator itu perlulah mempunyai keperluan asas di dalam diri sendiri seperti

1)Fasilitator perlu memastikan kehadiran diri iaitu jangan tenggelam dalam sebuah kumpulan
2)Fasilitator perlu bersifat neutral dan tidak menilai
3)Fasilitator perlu mejadi pencetus dan tahu apa yang perlu di lakukan
4)Fasilitator perlu mesti mampu berkomunikasi dengan bijak
5)Fasilatator perlu bertahan sehingga sesuatu topik atau subject yang di bincangkan selesai

Nampakan betapa pontensi yang ada dalam seorang diri fasilitator dapat dikembangkan untuk kemajuan diri sendiri dan juga kumpulan yang berada di bawah pengawasan mereka


Nantikan bahagian 2 - Prasyarat menjadi seorang Fasilitator










Baca Artikel Penuh..



 Online User