PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Guru ditahan, disyaki rogol pelajar 16 tahun

KUALA LUMPUR: Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah yang dialami oleh seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dirogol oleh guru sekolahnya yang juga teman lelakinya dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam laporan polis yang diterima, mangsa telah pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit yang berumur 22 tahun di rumah suspek di Taman Garing Utama Rawang, dekat sini pada April lalu.
Kejadian kedua, dilaporkan pada 18 Jun lalu, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. "Mangsa telah mengadu kejadian terbabit kepada ibu bapanya yang kemudian membawanya untuk membuat pemeriksaan di Hospital Selayang pada 19 Jun,” katanya.

Abdul Rahim berkata, doktor mendapati ada kesan koyak lama, bagaimanapun mangsa tidak mengandung.

Beliau berkata, mangsa dan keluarganya telah membuat laporan polis sebaik mendapat laporan hospital itu, dan pihak polis telah mengenal pasti dan menahan suspek hari ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Bernama







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

ape nak jadi la..adesss
pompuan skrg pun kne pandai jage dri.
jangan la jadi bnde cmni..

SiHatiMerah said... [Balas Komen Ini]

macam2 lah..dari dulu smpai sekarang kes mcm nie xpernah hilang..
itu lah manusia kalau lemah iman.x ingat dosa pada tuhan.

Post a Comment

 Online User