PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Bomoh Sangap Dengan Sepupu Isteri......

Wow tajuk panas hahah jom baca

Seorang bomoh menaruh perasaan terhadap sepupu isterinya, melakukan kaedah jampi pelik sebelum membogel dan merogol mangsa di atas sejadah di rumahnya di Taman Suria, Kluang, dekat sini, ketika wanita berusia 38 tahun itu mendapatkan bantuan melariskan perniagaannya, April lalu.

Bomoh berusia awal 40-an turut menggunakan ilmu sihir terhadap mangsa, dikatakan memberi pelbagai tangkal seperti minyak dagu, keris, batu cincin serta keris sebelum mendesak wanita itu menuntut cerai daripada suaminya kerana mahu bernikah dengan mangsa.

Mangsa hanya mahu dikenali Shidah, 38, berkata, dia ke rumah sepupunya berikutan perniagaannya mengalami masalah dan mahu mendapatkan bantuan bomoh bagi melariskan perniagaan.

“Saya kenal bomoh itu kerana dia dan sepupu pernah berkunjung ke rumah keluarga saya di Layang-layang dan pada hari kejadian pertama kali tergerak mendapatkan bantuannya.

“Apabila tiba di rumah bomoh, saya ditemani anak berusia 18 tahun bertemu sepupu. Kemudian diminta sepupu berseorangan mengikut suaminya ke bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat.

“Pada mulanya saya bimbang, namun sepupu memberitahu ia perkara biasa kerana suaminya tidak mahu diganggu ketika mengubat orang,” katanya.
Menurutnya, percaya dengan kata-kata sepupunya, dengan berat hati dia mengikuti lelaki berkenaan memasuki bilik pelik dengan bau yang sukar digambarkan.


Katanya, lelaki itu meminta dia minum air jampi sebelum diminta berbaring atas sejadah dan membuka semua pakaiannya.


“Selepas minum air itu, segala perasaan bimbang dan was-was hilang dan saya hanya mengikuti arahannya.


“Selepas membuka pakaian dan berbaring atas sejadah, dia menyapu seluruh badan termasuk kemaluan dengan sejenis minyak sebelum menutup badan dengan kain putih seperti dikafankan.


“Tidak lama selepas itu, saya dapati dia menyelak kain dan cuba merogol menyebabkan saya cuba melawan, namun dia mengugut ‘upacara sudah mula, kau sudah dikafankan, jika kau tidak mahu teruskan kau boleh jadi gila’ menyebabkan saya lebih takut dan keliru.


“Saya tetap meronta, namun dia terus merogol saya. Apabila selesai, dia memberi amaran jangan memberitahu orang lain atau saya mungkin mati,” katanya.


Menurutnya, sebelum pulang bomoh berkenaan memberinya minyak yang didakwa boleh melariskan perniagaan di mana dia perlu menyapu minyak itu di badan, bibir dan muka setiap hari.


Katanya, sejak menggunakan minyak itu, hatinya teringatkan bomoh berkenaan seolah-olah dipukau dan pada masa sama hubungannya dengan suami renggang.


“Beberapa minggu kemudian, bomoh itu menelefon dan menyuruh saya datang ke rumah untuk memberi tangkal dan ketika itu turut merogol saya dengan cara sama.


“Saya tidak boleh berfikir dan apabila dia melarang saya bersama suami, saya hanya mengikut arahannya. Pada masa sama, hubungan dengan suami semakin dingin hingga lelaki itu menyuruh saya meminta cerai,” katanya.


“Oktober lalu, saya keluar dari rumah kami di Kulaijaya dan tinggal bersama ibu bapa di Layang-layang bersama lima anak sebelum pergi ke Jabatan Agama Johor untuk memohon cerai dan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 27 Oktober lalu,” katanya.


Bagaimanapun katanya, suami memujuk supaya mereka bertemu pada 26 Oktober lalu sebelum dia dipulihkan seorang rakan suami yang melakukan ikhtiar bagi membatalkan ilmu hitam dikenakan kepadanya.


Shidah berkata, apabila tersedar dengan kejadian sebenar yang berlaku, dia hanya menangis dan tidak boleh tidur serta makan kerana teringatkan segala perbuatannya dengan bomoh berkenaan.


Menurutnya, dia membuat laporan kejadian rogol ketika dipukau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada 27 Oktober lalu selain menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kluang pada hari sama.

“Pada keesokan hari, bomoh yang menyangka saya sudah bercerai datang ke rumah ibu di layang-layang sebelum terkejut apabila mendapati suami turut berada di rumah.

“Apabila suami bertanyakan apa yang sudah dilakukan kepada saya, mereka bertengkar sebelum bomoh mengeluarkan pisau menyebabkan suami menumbuknya bagi mempertahankan diri.

“Ketika itu, baru dia mengaku menyalahgunakan ilmunya memecahbelahkan rumah tangga kami kerana dia berminat memperisterikan saya,” katanya.

Katanya, sejak dipukau bomoh itu, dia sering memberikan wang kepadanya.

Ha AMARAN KERAS KEPADA KAUM HAWA DI LUAR SANA JAGA LA DIRI DENGAN SEBAIK2 NYA JGN MUDAH TERPENGARUH DENGAN PERKARA PEKARA MISTIK YANG DIWAJIBKAN ADALAH PERCAYA KEPADA PERKARA GHAIB bukan taksub dan meminta2 dengan benda mistik

Jaga Hati Jaga Diri Kenali Diri :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


24 Dakwat Tumpah:

bspotgurl said... [Balas Komen Ini]

gila punya bomoh

azimask said... [Balas Komen Ini]

menakutkan...

huhuhu

// klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

anim said... [Balas Komen Ini]

gile la bomoh tu ,
gurl tu pon satu , yang pergi gedik2 nak jumpe bomoh kenape ,
ishish , dunia ~

Mawar Merah said... [Balas Komen Ini]

Takutnye dunia zaman skrg ni.. Sbb tu la kita selalu dipesan agar jgn meninggalkan solat n bacaan al-Quran sebagai perlindungan diri dari sihir manusia jahat.

Cik Anis said... [Balas Komen Ini]

eee..takotnya..huhu..mintak2 la dijauhkan dari benda2 mcm ni..risau la pulak..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Balas Komen Ini]

aduhai...

menakutkan betoi...


LATEST ENTRY

RESULT UPSR DAH KELUAR, ADIK AKU DAPAT BERAPA?

NAK P MEKAH PON PAKAI BULU MATA PALSU

TUTORIAL CARA NAK ASINGKAN KOTAK KOMEN DAN CARA NAK BUANG WORD VERIFICATION

HIDUP DI KAMPUS: INDAH ATAU SEBALIKNYA?

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

subhanAllah...kejam nyew perbuatan bomoh itu...
kepada semua jgn la terlalu percaya kepada perkara kurafat..berdosa besar..

Siti Safiyyah said... [Balas Komen Ini]

nak lariskan bisnes punya pasal,habis maruah diri tergadai. haish orang macam ni pun ada lagi ke. patutnye minta pertolongan daripada Tuhan, ini pegi cari bomoh. sendiri cari nahas.

Lelord said... [Balas Komen Ini]

huh macam2...atas sejadah lak tu

Biela Sapine said... [Balas Komen Ini]

ada jugak macam tu, haishh.. bahaya

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@bspotgurl hahah gila gila

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@miMiE aZiMaSK ^V^ye menakutkan haha

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@anym (: entah la tuan nyer badan je tau

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Mawar Merah ye ye betul2

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Cik Anis yep mintak di jauhkan sangat2

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr tak mcm takot jer haha

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@nanie_ppg tah la

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Siti
dia ada rasa was was tu tapi ada orang yakinkan

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Lelord biasalah dunia kan

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Biela Sapineada adaaa

RaafikJahat said... [Balas Komen Ini]

Dunia oh dunia. Semakin hampir kita semakin banyak kejadian macam ni.

"My name is Akma, and I am not a terrorist" said... [Balas Komen Ini]

menakutkn betul...semuanya berpunca pada nk melariskn perniagaan tpi....dh menyimpang jauh,..

Haziqah Muhamad said... [Balas Komen Ini]

Mintak dijauhkan. Amin.

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

@"My name is Akma, and I am not a terrorist"

Post a Comment

 Online User