PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Kaya Sangat Ke ~~"


Kalaulah aku menjadi jutawan
menjadi jutawan duit berkoyan koyan aha :-)
masih ingat lgu ni dari filem mana? heheh nak share skit je
sorry sebab tak update 2 hari sangat sibuk dengan urusan feribadi heheh

ni nak citer kat Mumbai ni
Mukesh Ambani sudah berpindah ke kediaman barunya setinggi 27 tingkat di Mumbai yang berharga £630 juta (RM3,150 juta).ha waklu hahaah :-p

Ambani, isteri dan tiga anaknya berpindah ke bangunan yang bernama Antilia, diambil sempena nama pulau khayalan. Ia mengandungi kelab kesihatan dilengkapi gimnasium, sekurang-kurangnya satu studio menari, dewan, beberapa bilik tetamu dan beberapa ruang istirahat serta panggung wayang 50 tempat duduk. Malah, terdapat taman tergantung dengan binaan siling untuk ditanam pokok kecil.


Bumbung bangunan dilengkapi tiga landasan pendaratan helikopter dan terdapat parkir bawah tanah yang memuatkan 160 kereta bagi kemudahan tetamu Ambani menghadiri parti rumah barunya.


Dari tingkat atas bangunan setinggi 173 meter itu dapat dilihat pemandangan indah bandaraya Mumbai dan Laut Arab.


Taikun berusia 53 tahun itu bukan saja lelaki paling kaya di India tetapi juga yang keempat terkaya di dunia. Secara keseluruhannya, dilaporkan terdapat 37,000 meter persegi ruang yang lebih luas daripada Istana Versailles.


Ia memerlukan 600 kakitangan untuk urusan penyelenggaraan.


Menurut majalah Forbes, Ambani memiliki industri minyak, peruncitan dan bioteknologi yang dianggarkan bernilai £18 bilion (RM90 bilion). Dahulu beliau membantu menguruskan perniagaan sebelum berselisih faham dengan adiknya. Kaca, keluli dan jubin yang digunakan untuk membina bangunan itu dikatakan diperolehi daripada sumber tempatan. Ambani tidak terpengaruh dengan seruan Perdana Menteri India, Manmohan Singh supaya pemimpin perniagaan menjadi model kesederhanaan’.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

Anis izyan Abd Rahman said... [Balas Komen Ini]

duit dah tak tahu nak buat ape
jd cm tuh laaaa
ahaha

mira_nas said... [Balas Komen Ini]

kaya la tu,,,dahsat...sampai 600 org nak kena uruskan.. but,.,somehow.. ada gak la keje 600 org tu

Post a Comment

 Online User