PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Kenangan Oh Kenangan - Serang Hendap di Subuh Hari

Sarjan arahkah semua platun bersiap sedia kita akan melakukan serang hendap pada hari esok ! saya mahu sarjan ke tiga tiga platun melapor diri dalam masa 5 minit!

Faham tuan!
Saya mahu anda arahkah anak-anak buah bersiap sedia.
Kita mendapat maklumat bahawa musuh akan melalui denai di seberang sungai sana,
Untuk menghantar bekalan makanan,Ini adakah peluang untuk kita melakukan serang hendap.

Arahkan anak-anak buah menyiapkan tungku untuk laras m16 mereka
bawak dua orang pemerhati dan dua orang sarjan dengan saya untuk ke seberang denai sana
sarjan platun 1 anda tinggal di pengkalan untuk standown sebentar lagi tunggu isyarat saya

Faham tuan!

Matahari yang pantas digantikan bulan membuatkan suasana hutan itu menjadi kelam,
perimeter telah di aktifkan di mana dua baris pengawal berada di pintu masuk pengkalan hutan,
dan di sekeliling kawasan pengkalan,anggota-anggota platun 1 ,2 dan 3 bergilir-gilir mandi dan juga solat sambil anggota wanita menyediakan makanan , di bantu anggota lelaki
tepat jam 2030 terdengar jeritan dari pengawal pengkalan.

BERHENTI!
KENALKAN DIRI!

Sambil mengacukan laras m16 ke arah sasaran,
setelah proses pengenalan Tuan dan 2 orang sarjan bersama 2 pemerhati berkumpul lalu menyediakan plan untuk serangan pada malam itu
jadual tugas berkawal malam telah diberikan ada anggota yang berehat sambil membersihkan senjata dan ada juga yang berkawal mengikut giliran

Pagi itu 3 platun yg telah di bahagikan kepada 9 seksyen bergerak bersama tuan ketua compani, menuju ke denai hutan di seberang sungai.Sampai di kawasan lokasi sebanyak 8 seksyen bersama ketua company duduk dalam satu formasi memanjang bersama t
ungku untuk laras senjata yg di buat dari kayu
manakala satu seksyen berjaga di bahagian belakang, bagi mengelak musuh yang mungkin muncul dari belakang.
Jam telah menunjukan tepat 0300 musuh masih tidak kelihatan hujan yang turun dengan lebat menyebabkan hampir semua anggota kesejukan dan dilanda rasa letih dan penat ketua compani telah berpesan
"TEMBAKAN MULA DARI SAYA SEMUA BERSEDIA SENTIASA!"

Jam telah menunjukan 0500,
Dari sebelah barat. Kelihatan kelibat musuh dengan membawa bekalan logistik samar samar berjalan melalui denai,semua anggota berdebar-debar sambil menantikan arahan dari
ketua kompeni. penantian sejak jam 0000 malam akan berakhir sebentar lagi tiba tiba

Pom pom pom !!!
tembakan mula telah dilepaskan dari laras sub machinegun oleh ketua kompani
memecahkan keheningan subuh itu ia di ikuti dengan tembakan oleh seluruh anggota platun ke arah musuh selang 10 minit berlalu keadaan menjadi sunyi.
Pasukan peninjau bergerak dengan kebenaran ketua bagi melihat keadaan musuh yang telah di tembak setiap anggota berjaga- jaga untuk memberikan perlindungan kepada pasukan peninjau.






Musuh telah ditewaskan! Mayat dikumpulkan lalu bekalan makanan dan senjata di rampas
jam 0600 Pegawai pemerintah batalion melawat tempat serang hendap beliau memuji semangat yang di tunjukan oleh anggota,Misi yang disifatkan sebagai berjaya telah membunuh lebih kurang 5 orang musuh bersama bekalan logistik dan Makanan.

Tahniah Platun 2




Kenangan Silam





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


16 Dakwat Tumpah:

A.D.A.M. said... [Balas Komen Ini]

Kenangan silam? Ooo. sekarang dah pencen ea? :)

biskut said... [Balas Komen Ini]

mesti gunakan blank jer kan..patut bunyik pon pom pom jer..macam bunyik mercun.tak pasang sekali suar jerat ker,baru nampak real sikit...mesti rimas kan latihan2 nih..hehe

KiD said... [Balas Komen Ini]

kebaaaabooomm!!!
best ke askar nih? :)

Mawar Merah said... [Balas Komen Ini]

Wow.. Tabik Spring!!

Cheqna said... [Balas Komen Ini]

terimakasih kerana telah menjalankan tugas yang baik menjaga keselamatan negara, semoga seluruh warga anggota keselamatan dilindungi Allah SWT.

:-)

piNky LuCiA said... [Balas Komen Ini]

wah.. suka bau hutan. haha.

Anis izyan Abd Rahman said... [Balas Komen Ini]

bunuh betull keee??
curi makanan betul2 ke tuh??

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@A.D.A.M. gagaga skarang dah boroi haha

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@biskut hahah blank pon bebirat kan :-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@KiD sangat seronok tau

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Mawar Merah jangan jangan kami prebet ajer tabik kat tuan ajer

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Cheqna AMIN

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@piNky LuCiA yea bau hutan tu sedap

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Anis izyan Abd Rahman hehehe

A.D.A.M. said... [Balas Komen Ini]

Hahahaha. lawak pulak. :P

Muhammad Syahiran said... [Balas Komen Ini]

eh, tmpat ni macam dekat sungkhai ja..sbb penah training serang hendap kat sini.

Post a Comment

 Online User