Panadol Merbahaya
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
TintaBicara : Sharing is caring
mintak pendapat pelajar2 perubatan kat dunia blog untuk ulas perkara ni
mana lah tau tinta tersalah fakta ke kan? tapi niat asal hanyalah berpesan pesan antara kita :-)
18 Dakwat Tumpah:
kalo makan ubat selsema bole??mean bukan penadol r..
dulu sy addict panadol...tp skrg ni da x amik langsung panadol...takot side effect di kemudian hari nnt hehehe...
laa..
igt kn 2 tawon jep..
upe nye 5 twon...
fuhhh lame gile..
thanx 4 the info.. klu xde entry ni, mesti da telan da panadol 2.. slalu bile migrain, itu jek la yg ditelan.. huhuh..
Salam Asy..
Kak Sweetie suka juga ambil panadol nie..kalau dok pening kepala..telan...cepat jer hilang sakitnya tu. kat dlm handbag memang ada simpan panadol.
pernah gak terbaca pasal bahaya penadol ni dulu. akan makan gak panadol klu dh x larat sangat..
nice info..
**cik panadol d boikot kah? hehe =P
memang betol pun, sebab tu kat rumah tak de panadol.
lagipun ade yg ckp kn, die boleh sumbatkan kidneys kita.
seeloknya tak payah makan, cari alternatif lain nak tahan sakit tuh :D
warghhhh !
tak mau dah amik panadol !
nyah ko dari idop aku !!
seteruk itu yek kesannya?
wah kene jauhkan panadol!
tq atas info ini ye!
cik panadol jgn mkn panadol.. hehe
oh baruu tau.. nsb baek ta ske mkn panadol.. fuhh
saye memg tak kan makan panadol walau sakit cemana pun, but i still can acccept paracetamol,paracetamol better than panadol yg jenis aspirin bcoz aspirin sgt beracid,dulu cekgu ajar pon cari panadol paracetamol~
hehe..
mmg selalu tak mkan panadol pun..
kalo penink ke apa,
tidow je..
:D
farysa tak pnh mkn panadol lg
family mmg xpnh ajr mkn panadol
klo sakit trok bru cri doktor
=))
suke blog nie..bleh dapat info!hehe..
btw,penah jugak ade orang bagitau ira yang penadol tue bahaye..
yup2 dh lama tw psl benda ni hehe
yupp, stuju...ade jgk yg brkata bgitu,panadol ni bhya
yg selalu mkn ubat utk darah tinggi lama lama buah pinggang pula yang rosak,
takutnyer..ninie slalu mam panadol kalow sakit kepala..
Post a Comment