Assalamualaikum :-)
Alhamdulillah dari hari ke sehari berjaya jugak mengharungi hidup sebagai seorang pekerja swasta pelajar separuh masa dan blogger suku masa? ada ke :-o
Hari ini isu yang ingin di sentuh adalah bagai mana memastikan blogging ini menjadi satu aktiviti yang ringat ceria dan menceriakan hidup anda?
Blogging sepatutnya adalah mudah,tak perlu stress dan boleh di gunakan bagi melepaskan masa daripada melakukan perkara yang lagha kan?
Antara beberapa perkara yang perlu di ambil berat oleh blogger2 junior dan intermidiate untuk memastikan kelangsungan blog anda akan dikupas dengan lebih lanjut selepas ini.Kenapa tidak blogger senior? ini kerana yang senior pastilah dah lebih master dalam perkara perkara yang akan dinyatakan selepas ini
Tujuan
Untuk apa kita berbloggeR? sebelum kita meneruskan kelangsungan sebagai seorang blogger kita perlu ada asas tentang apa yang kita hendak coretkan? Jangan lah buat blog kerana blog dalam dah kena BAN dengan ex couple lepas tu create blog baru untuk semata counter attack je lepas tu tak habis habis dengan publsiti murahan meraih simpati orang lain kononya aku tak bersalah :-o kan kelakar bunyinya tapi itulah realiti seperti apa yang dikongsi oleh seorang rakan blogger. Gunakan Medium blog sebagai tempat wacana pemikiran berkongsi rasa perasaan dan kehidupan tapi bukan tempat mengadu domba melaburkan fitnah dan juga menambah saham neraka di akhirat, Jangan lupa setiap apa yg di taip setiap apa yang di tulis akan dipersoalkan satu demi satu di sana nanti.
Entry
Entry adalah ibarat oksigen bagi sesebuah blog,sebuah blog akan menjadi tidak ber erti tanpa entry di sisi,pastikan sekurang kurangnya update sekali untuk sehari tapi kadang kadang bila kita dah masuk ke alam jem ataupun stuck sick memang kita tak dapat nak update,cuba perhatikan sekeliling anda banyak perkara yang menarik untuk di kongsi bukan? jadi olah la segala yang ada disisi untuk di kongsi bersama pembaca. walaupun entry itu sekadar kenapa kita tak boleh pijak lipas,bagaimana nak pastikan nasik tak bekerak, entry contoh lagi entry mengenai erti kehidupan seperti ini tak lupa jugak kenangan di rumah terbuka dan juga mengenai surat cinta di zaman mda muda :-). nampak remeh kan? tapi? sebenarnya berisi membuatkan hidup lebih gembira ? jadi jangan memilih,ada qualiti ada juga quantiti,alah kalau edit dari akhbar pun dikira entry jugak bukan semua nak baca cerita panjang2 dalam akhbar pastikan di kredit kepada pemilik akhbar ( di mana aku juga kadang kadang terlupa).
Jnagan pulak sangap nak menang hadiah lepas tu copy paste entry orang lain semata mata nak masuk contest memang hina lagi lagi bila dah terkantoi sampai bila bila pun orang akan ingat waima kau bukak la berapa banyak blog sekalipun kan :-).
Trafik
Trafik adalah satu perkara asas dalam sesebuah blog? ada blogger yang lebih kepada catatan harian ada blogger lebih kepada isu isu semasa yang panas dan ada blogger yang hanya cuba melaga lagakan dan juga menfitnah di dalam dunia blog. Waima sekali pun trafik adalah penting kerana trafik itu ber erti pembaca...walaupun mereka sekadar menjengah ke ruangan shoutmix atau chbox mereka tetap adalah pembaca kita kerana setiap page views di ambil kira oleh Nuffnang dalam buffered earning kita. jadi rajin rajin la menjengah blog kawan kawan tinggalkan komen,(biarlah berkaitan isu bukan hanya sekadar hai) ataupun tinggalkan jejak di shoutmix . Kalau diri kita otai tak perlu sebab mereka memang ada pembaca tegar. kalau nak jadi macam tu kena la mula dari bawah bukan tiba tiba berada di puncak? kerana apa? kerana kita akan mudah jatuh tanpa asas yang kukuh
Layout
Layout mestilah kemas teratur dan sangat mudah didekati oleh pembaca! ingat BLOG BUKANLAH Myspace ATAU Friendster. Jangan sesekali copy coding myspace dan tepek terus kat blog.Nanti blog loading akan menjadi perlahan dan juga membantukan niat murni pembaca untuk mengakses dari satu topik ke satu topi. Bagi blogger yang menekankan kepada page views boleh la mengunakan coding Read More untuk meningkatkan page views. sebenarnya itu adalah salah satu strategi dalam dunia blog dan percayalah ada berbagai bagai lagi cara yang boleh di gunakan untuk perkara tersebut.
Gadget
Bahagian ini perlu di ambil berat oleh blogger2 baru aka junior sebab intermidiate telah melalui zaman ini kan :-). Kurangkan gadjet2 yang dirasakan tidak perlu contohnya macam source traffic widget,jam, kalender,tikus,ikan dan bagai bagai lagi sebab ia akan memakan space dalam blog anda dan effectnya? blog akan menjadi berat dan loading time akan menjadi lebih lama kan? Satu lagi adalah pengunaan berbagai jenis lagu autoplay "bayangkan dan letakkan diri korang pada situasi tersebut" yang mana dengan kelajuan internet korang bersusah payah untuk loading blog tiba tiba bunyi gitar dan drum berkumandang peh memang bingit telinga dah la kuat semacam kalau kita view lebih dari satu blog dalam satu masa? ha? remix la lagu jadinya?kan betul Bila Tinta Bicara sangat paham kerana blog adalah tempat personal tapi pikirkan mengenai pelawat yang datang kerana mereka adalah pembaca....lagu tu boleh letak kat dalam mp3 laptop dan bagia bagai kan?lain padang lain belalang lain orang lain ragam? kalau hajat di hati dah kata mesti ada nak buat macam mana? ambo sekadar berkongsi rasa kan?
Identiti
Setiap blogger harus mempunyai identiti tersendiri, tak perlu cuba jadi orang lain nampak dia glam kita pun nak ikot nampak blogger kachak kita pun nak kipas nampak blogger chantek kita pun nak naik syeikh! jangan begitu En Ben selalu mengingatkan pembaca tegar belilau agar mencari identiti. Jadilah diri sendiri tak perlu jadi orang lain kerana kita adalah sebaik baik ciptaan kan :-)
Ukhwah
Dalam alam maya ini mungkin kita tidak pernah bertemu atau saling mengenali......tapi sekurang kurangnya belajar lah menghormati orang lain,kita mungkin tidak setuju dalam sesuatu isu ataupun pembawakan orang lain namun belajarlah untuk menasihati secara berhikmah,bukan main sembur je, JANGAN JADI GILA TRAFIK!. Jadilah orang yang gila untuk menambah teman rakan dan taulan bukan kan lebih manis begitu? kan ada kawan dari Utara sampai ke Selatan Timur sampai ke Barat and maybe sabah pun. Yang pasti jangan ambil Kesempatan ke atas kesusahan orang lain membantulah selagi yang termampu katakan tidak kalau kita tak mampu untuk memberikan pertolongan yang di minta
Dan yang terakhir rajin rajin la bertanya kalau takut sesat jalan banyak lagi mereka yang hebat boleh di jadikan tempat bertanya dan kebanyakan dari mereka mereka ini tidak lah kedekut ilmu dan tidak la sombong.jadi bongkak bila kita dah berjaya dan di atas sana senantiasa ingat dari mana kita berada bagaimana kita bermula dan saat pertama kita jatuh kerana apa? kerana itulah permulaan bagi sebuah kelangsungan hidup di alam realiti mahupun di dunia blogging :-)
Sekadar berkongsi




