PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.
Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
>berita lanjut di berita harian<
Sumber Berita Harian!
TintaBicara : Pernah mengkagumi pertubuhan Al-Arqam kerana pertubuhan ini memajukan ekonomi umat islam dan menjadi tempat penyatuan umat islam malaysia dan indonesia
tapi sayangnya lihatlah apa yg terjadi hari ini
7 Dakwat Tumpah:
subhanallah....
subhanallah...
apa nak jadi nieh...? eemmmmmm kesian jasad dalam kubur...
manusia semakin jauh
astaghfirullah..mcm mna dorg leh ada kprcayaan smpai cmni..sy dulu pun mmg kagum ngn arqam ni, tp pas bce buku ape ek tajuk die, cam 'arqam-tersungkur di pintu syurga' kalau x silap, trus da hilang rs hormat..
hari kiamat semakin hampir.
waduh sampai begitu sekali... setahu aku nabi Isa je yang ada mukjizat macam ni...
i huv enuf with these arqam. enuf is enuf lah~ taksub gila.
Post a Comment