PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Homoseks sasaran bunuh

MEXICO: Pembunuhan golongan lesbian dan homoseks di Mexico dilapor meningkat meskipun kerajaan melancarkan kempen supaya masyarakat bertolak-ansur terhadap golongan itu dan juga meluluskan akta perkahwinan sejenis.

Bagaimanapun, analisis dan pemantauan terhadap lebih 70 akhbar di 11 daerah Mexico mendapati purata 30 pembunuhan setahun akibat kebencian terhadap golongan homoseks atau homofobia berlaku antara 1995 hingga 2000 dan meningkat 60 setiap tahun antara 2001 hingga 2009.


Presiden Majlis Membasmi Diskriminasi yang ditubuh kerajaan Mexico, Ricardo Bucio mengesahkan laporan itu dan menegaskan, ia menunjukkan masalah itu yang terus berlaku.


Pada 2005, kerajaan melancarkan kempen di radio untuk mempromosi supaya masyarakat mengamalkan sikap bertolak-ansur terhadap golongan homoseks.


Disember lalu, Bandaraya Mexico meluluskan akta perkahwinan sejenis, pertama di Amerika Selatan dan diiktiraf setaraf dengan perkahwinan antara lelaki dan perempuan.


Undang-undang itu yang hanya sah di ibu negara Mexico itu turut membenarkan pasangan sejenis mengambil anak angkat.


Perarakan golongan homoseks tahunan di ibu negara Mexico itu disertai puluhan ribu peserta dan di daerah lain ia diraikan bersama dengan pasangan berpegang tangan secara terbuka.


Pengarah kumpulan Letter S, Alejandro Brito berkata, keganasan terhadap golongan homoseks dilapor meningkat kerana lebih ramai yang melakukannya secara terbuka.
Kumpulan itu adalah satu daripada pertubuhan yang mendedahkan laporan itu.

Menurut laporan itu, homofobia dilapor paling teruk di ibu negara Mexico dengan 144 orang dibunuh antara 1995 hingga 2009.


Pada masa sama, meskipun kerajaan persekutuan berkempen supaya bertolak-ansur terhadap homoseks tapi Presiden Felipe Calderon menentang kebenaran perkahwinan sejenis yang diluluskan. - AP

Sumber Harian Metro


Tinta Bicara - Agaknya la kalau kat Malaysia negara islam ni homoseksual di jadikan sasaran agak agak berapa ramai yang mati ye?

Regards




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

Sufi Asri said... [Balas Komen Ini]

bersepah.. sebb malaysia pon ada banyak gay.. subhanallah..

even aku pon pernah dingorat oleh gay sebelom nie.. tapi dalam tagged la.. hoho.. geli geleman.. siot jer..

hackerss said... [Balas Komen Ini]

xdinafikan di ngara itu msh ada glongn spt itu n smakin berleluasa.

NurSya said... [Balas Komen Ini]

husyooo..memg beriburiburibu la yg terbunuh klau homo+les djadikan sasaran masyarakat kat m'sia ni..hmmmm..

Post a Comment

 Online User