BANDAR GAZA: Beberapa individu cedera apabila anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang dipenuhi aktivis pro-Palestin yang terikat dan berjuang untuk Gaza, menurut laporan televisyen yang dimiliki Hamas, sambil menunjukkan gambar mangsa yang cedera.
Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.
Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas berhubung laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot terbabit.
Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.
Sumber AF/Berita Harian
Tinta Bicara : Sangat sedih dengan situasi ini bukan diserang biasa-biasa KOMANDO ok KOMANDO dalam sebuah sistem pertahanan KOMANDO adalah dilatih untuk membunuh " TRAIN TO KILL OR TO BE KILLED" jadi? di mana ARAB SAUDI? MESIR? dan negara negara ISLAM yang berhampiran dengan PALESTIN!!!! Kalau ARAB SAUDI, MESIR Sudi Bukak pintu sempadan tak perlu guna jalan laut agaknya?
Sebuah hadis Rasulullah SAW menyebut "akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (umat islam)sebagaimana orang mempelawa satu sama lain untuk menjamah hidangan makanan". Seorang sahabat bertanya "apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasulullah?" Baginda menjawab "bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu adalah ibarat buih di atas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan dia akan campakan dalam hati kamu penyakit Al-wahn". Seorang sahabat bertanya pulak " Ya Rasulullah apakah dia al-wahn itu" Jawab Rasulullah "cinta dunia dan takut mati".
WALLAHUALAM
3 Dakwat Tumpah:
Tak tahu sampai bila umat islam akan bersatu...
agaknya sekarang sememangnya kita sdg menunggu "sidia" yg tah bila akan tiba..
Kalau nak harapkan dgn keadaan sekarang...sampai kita sendiri terpejam mata pun,still perkara ni akan terjadi keatas saudara kita di Palestin...
astaghfirullahalazim
apalah nak jadik
nak hantar bantuan makanan pun kene serang
bukan nak berperang dengan israel pun
dunia betul2 hampir sampai penghujung.
salam ziarah dr syamil
nilah masalahnya bila langsung tiada kesepaduan dalam umat Islam. masing2 lebih takutkan Israel drpd Allah. Sengaja melupakan bahawa Allah Maha Berkuasa di atas segalanya. Semoga Allah menyelamatkan mereka yang berjuang untuk agama itu. InsyaALLAH
Post a Comment