PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Nahas Air India terburuk, 158 mau




PASUKAN penyelamat dengan dibantu penduduk kampung bertungkus-lumus mencari beberapa mangsa pesawat Air India Express dari Dubai yang terhempas sejurus terbabas ketika cuba mendarat di Mangalore dekat Bangalore semalam..

BANGALORE - Sekurang-kurangnya 158 orang dikhuatiri terbunuh apabila sebuah pesawat Boeing 737-800 milik syarikat penerbangan tambang murah Air India Express terhempas dekat bandar raya Mangalore di negeri Karnataka semalam.

Nahas terburuk di India dalam tempoh sedekad itu berlaku apabila pesawat yang membawa 160 orang penumpang dan enam anak kapal terbabas di hujung landasan ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di selatan negara tersebut.

"Setakat ini, hanya lapan orang disahkan terselamat dan mereka telah dihantar untuk menerima rawatan di beberapa buah hospital di sini," kata pengarah personel Air India, Anup Shrivasta pada sidang akhbar di Mumbai dekat sini.

Ia merupakan kemalangan udara kedua terbesar di India sejak tahun 1996 apabila pesawat Kazakhstan Airlines bertembung di udara dengan Saudi Airlines dekat ibu negara New Delhi yang mengorbankan semua 349 orang penumpang dan anak kapal.

Pengerusi Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India, V.P. Agrawal berkata, tiada panggilan kecemasan diterima daripada Kapten Z. Glusica, seorang rakyat Britain berasal dari Serbia yang menjadi juruterbang Air India sejak dua tahun lalu.

Perdana Menteri India, Manmohan Singh di New Delhi mengumumkan kerajaan akan menghulurkan bantuan kewangan segera sebanyak 200,000 rupees (RM14,150) untuk setiap keluarga mangsa yang terbunuh dalam insiden itu.

Beliau yang terkejut dengan nahas tersebut turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa serta menangguhkan beberapa program rasmi parti dan kerajaan yang dijadualkan diadakan semalam sebagai tanda berkabung.

Menteri Penerbangan, Praful Patel berkata, pesawat dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu itu dinaiki 147 penumpang dewasa, sembilan kanak-kanak dan empat bayi namun pihaknya belum lagi mengenal pasti kerakyatan mereka. - Agensi

Sumber - Kosmo


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Dakwat Tumpah:

Nuraisyyah said... [Balas Komen Ini]

..ni blaku ble ni..??

hmmm takot plak nk naek flight..hmmm..

takziah kepada mangsa..(yg beragama islam..:) )

Post a Comment

 Online User