PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

TALI PINGGANG KELEDAR KERETA HIASAN SHJ?


Assalamualaikum
Selamat pagi
tinta ingin berkongsi rasa sedih atas berita ini

"

KUALA LUMPUR: Akibat tidak memakai tali pinggang keselamatan, seorang penumpang sebuah kereta maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak keluar dari tingkap kenderaannya sebaik merempuh tembok pembahagi jalan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, kereta Toyota Vios yang dinaiki tiga lelaki terbabit dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh tembok pembahagi jalan berhampiran Jalan Semantan di sini.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali menyebabkan mangsa di tempat duduk belakang tercampak keluar.

Sumber polis trafik berkata, mangsa terhumban ke laluan paling kanan jalan raya selepas ‘meluncur’ keluar dari cermin kenderaan yang pecah. Dipercayai mangsa tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika kejadian.

“Siasatan mendapati kereta terbabit sebelum itu dinaiki tiga lelaki dari Pusat Bandar Damansara di sini, sebelum terbabit kemalangan. Hasil siasatan, mangsa, Nagarajan Balakrishnan, 28, yang parah di kepala, diangkat orang ramai ke tepi jalan bagi mengelakkan dirempuh kenderaan lain.
“Namun, mangsa disahkan mati sebaik anggota perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tiba ke tempat kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya.

Katanya, dua lagi pemandu dan penumpang hadapan kereta terbabit bagaimanapun tidak cedera seriuS"
Sumber Harian Metro


bahananya apabila Tali pinggang keledar pemandu dan penumpang hanya di jadikan hiasan semata mata.
Bukan ke kerajaan telah melaksanakan akta bagi mewajibkan pemandu dan penumpang memakai tali pinggang keledar .
Setakat pakai bila ada roadblock jer dan bler nampak polis tak guna
jadi jangan kita pakai bila bersebab
by right kita tak perlukan sebab untuk sayang diri kita
Walaupun ajal maut di tangan tuhan
tapi kita boleh berusaha sebelum terlambat
bukan tawakkal semata mata.


"MATI HANYA SEKALI"

Kalau kita x sayang diri kita sayangilah orang yg menyayangi diri kita

TintaBicara
Regards


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

Artzlizan said... [Balas Komen Ini]

beringat sebelum kena kan...

kaizen shinobi said... [Balas Komen Ini]

maka pakailah tali pinggang kledar sbelum ia meragut nyawa anda.

Post a Comment

 Online User