KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneliti memorandum dihantar golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang mendakwa hak mereka dicabul selepas beberapa artikel membabitkan kegiatan mereka didedahkan media.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, memorandum mengenai diskriminasi golongan LGBT itu diserahkan kepada pihaknya, Khamis lalu. “Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat keputusan segera kerana kajian teliti perlu dijalankan dan ia akan mengambil masa yang lama. “Ini kerana Suhakam menekankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, kepekaan moral dan budaya masyarakat juga harus dititik berat sebelum keputusan dibuat bagi menentukan hak golongan LGBT,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan mesyuarat pertama selepas dilantik di pejabatnya, di sini, semalam. Dalam majlis itu, beliau turut memperkenalkan tujuh pesuruhjaya baru untuk sesi 2010-2013 di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, ia tidak bermakna Suhakam tidak mengambil perhatian dan tetap meneliti hal berkenaan. “Suhakam akan terus melindungi hak semua individu tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak,” katanya.
Sebelum ini, golongan LGBT tidak berpuas hati apabila pelbagai media banyak memaparkan mengenai golongan itu yang semakin berleluasa di beberapa tempat di negara ini.
Dalam memorandum itu, golongan berkenaan marah dengan penggunaan ayat seperti songsang, lucah dan jijik dalam artikel dikeluarkan media dan mendakwa melanggar hak mereka.
Sumber Harian Metro
TintaBicara Panas panas walaweh mereka sudah berani mintak hak masing-masing lepas ni mereka akan mintak perkahwinan mereka disahkan pendaftaran,oh MALAYSIA NEGARA ISLE
jangan di laknat seperti kaum nabi Luth sudahlah.....
tinta hilang kata kata
4 Dakwat Tumpah:
kalau nak sangat hak BERGAY BERLESBIAN suh lah mereka buat negara dan bumi sndiri..sedangkan yang binatang pun sedar diri menumpang di bumi Allah...tak rasa syukur ke Allah bagi kesenangan??
Pergilah ke ceruk mana pun..planet mana pun..semuanya Allah yang punya..jadi ikutlah undang2 Allah.. so kalau nak buat undang2 sendiri seperti tak ada agama tue..carilah tanah yang bukan Allah punya...semoga saya dan sekian readers serta saudara mara rakan taulan tidak lupa kenapa kite diciptakan sebagaimana kita lahir..amin.:)
teruk lah mereka nie..
itulah jadinya bila kita menginjak masa umat akhir zaman...perkara zaman umat jahiliah semakin menjadi2...nauzubillah...kita derdoa diperteguhkan iman....
campak kat lombong aje! hehehehe..
dah la keywat bagai nak rak!
Post a Comment