PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Awan Berbentuk Jenazah?






KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

Kedua-dua mereka, Penolong Pengawal Gudang Peluru, Koperal Mahiran Che Taib, 33, dan Koperal Suhaimi Mahsan, 38, dari Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa di sini mendakwa melihat objek itu pada pukul 6.40 pagi.

Menurut Mahiran, dia melihat kepulan awan berbentuk aneh itu selepas menunaikan sembahyang Subuh di surau kem tersebut.

"Ketika itu saya berjalan keluar dari surau untuk meneruskan tugas di balai pengawal dan menjenguk rakan yang bertugas di menara kawalan di kem tersebut.

"Kemudian rakan saya (Suhaimi) tunjuk isyarat menggunakan tangan supaya melihat ke langit kerana terdapat objek berbentuk jenazah setinggi lebih satu meter dan ia seolah-olah sedang bergerak turun dari langit," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Selain itu, Mahiran pula berkata, kepulan awan yang berbentuk seperti kalimah syahadah juga kelihatan di atas objek tersebut

-Kosmo-













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

oya said... [Balas Komen Ini]

serius ek ni..scary jer..

HEROICzero said... [Balas Komen Ini]

macam pocong jek dah neh. keh3

Dyla Dahlan said... [Balas Komen Ini]

subahanallah..betul2 menimbulkan keinsafan..

Cheqna said... [Balas Komen Ini]

banyak perkara yg boleh dijadikan peringatan pada akhir2 zaman ni, semoga kita tidak lupa pada-NYA..

Zaidah said... [Balas Komen Ini]

sebagai peringatan untuk kita semua

aien said... [Balas Komen Ini]

subahanallah...

takot plak.. T__T

Post a Comment

 Online User