PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

CONTEST GAMBAR BEST!! BY ASADA

JOM SERTAI PERADUAN GAMBAR MENARIK OLEH ASADA
HAHAH SAPA TAK KENAL MAMAT EGYPT NI HOH
BETUL KER? HAHA PETIK JER KALAU MENYALA OK LAH :-)
OK
INI ADALAH SYARAT SYARAT NYA

Syarat-syarat adalah sangat mudah!!

Syarat-syarat adalah sangat mudah!!

* Buat satu entry khas dengan tajuk Contest Gambar Best by AsaDa. UPLOAD GAMBAR TERBEST yang anda ada. tak kiralah gambar anda sorang atau ramai-ramai. takpun gambar orang kenduri kawen. asalkan bukan gambar lucah. yang pasti, gambar tu anda punya.. bukan cilok dari pakcik google atau orang lain.
* Ceritakan kisah sebelum atau semasa atau selepas gambar tu di capture secara ringkas mengikut kreativiti anda. jangan panjang sangat sampai cecah lantai. karang merangkak asada nak baca..
* Copy banner di atas. letakkan di dalam entry dan di side bar blog anda. pastikan ia di-link terus ke entry ini.
* Anda boleh letak seberapa banyak gambar. tetapi hanya satu gambar daripada anda dipilih untuk dipertandingkan.
* Dah siap buat semua syarat, letakkan link atau url entry anda tu di ruangan komen entry ini untuk asada terjah. selesai..
* Nama peserta akan asada letak dan link kat tepi blog ini. so, sila bagi nama glamour anda.
* TARIKH TUTUP PENYERTAAN IALAH 1 JULY 2010.. masuk je 2 july, tutup..


Dan gambar yang di pilih adalah

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Taraaaaaaaa






-Sekeping Gambar yang membawa seribu Makna-


Mukadimah

Solat subuh merupakan lambang disiplin diri dan kekuatan ummah. Itulah kayu pengukur nilai sesuatu umat. Umat yang lalai dari Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan akan tetapi berhak untuk diganti dengan yang lain. Sehinggakan pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan mereka tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat Jumaat.

Tanpa solat subuh umat Islam tiada lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan dan kejayaan jika mereka tidak memperhatikan solat ini.

Lihatlah Firman Allah dari ayat 78 Surah Al-Israa’ yang bermaksud : ” Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikanlah sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaanya)”

Penerangan Gambar

Gambar ini adalah di sebuah masjid di kawasan perumah Asy.Ia di ambil pada pagi subuh hari Isnin bertarikh 21/06/2010 menggunakan N96.
Ia dengan terang dan nyata menunjukkan ini adalah ummat akhir zaman,kelemahan kita
sesungguhnya Umat islam itu akan bangkit dan mampu menentang Kafirun apabila kita mampu bersolat jemaah bagi waktu subuh seramai kita solat Jumaat
Alhamdulillah ada jugak 2 barisan walaupun tak seramai solat jumaat
takper kita masih boleh berusaha menjadi lebih baik :-)

Diriwayatkan dalam sebuah peperangan Islam yang di pimpin oleh Salehuddin Al Ayubi. Setelah Palestin ditawan oleh umat Islam di bawah Sayidina Umar, ia kemudiannya jatuh ke tangan orang kafir selama dua ratus tahun sebelum dirampas semula oleh Salehuddin Al Ayubi. Di medan perang, di tengah malam, Salehuddin bangun melihat khemah tenteranya. Di kebanyakan khemah, tenteranya beribadah malam tetapi ada satu khemah yang tenteranya tidur. Jadi selepas subuh dia berkata, "Saya sudah nampak kemenangan untuk kita. Dengan syarat khemah yang tidak bangun beribadah malam tadi, jangan pergi berperang. Takut terhijab." Maka pergilah tenteranya berperang dan menawan Palestin!.

Kesimpulan

Gambar ini membawa seribu makna kepada kita sebaga umat islam
kita boleh lihat sejauh mana kekuatan kita sebenarnya
Asy bukan lah orang yang selalu berjemaah di masjid untuk solat subuh
tapi masih berusaha sekurang kurang nya seminggu dua kali mula mula memang la liat tapi kalau tak usaha memang lah tak akan jadi kan :-)

JADI SEBAB ITU LAH GAMBAR INI DI PILIH YE EN ASADA :-)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

Epy Ain said... [Balas Komen Ini]

dakwat tumpah dah..
hehe
ain datang bawak hajat

sila click link ni yea
Contest Mata Menawan :: anda dah di tag.. rajin2x join dan jadikan Epy Ain as ur referral ::

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

wah bawak hajat takut mendengarnya :-)

ASaDa RyutaRo said... [Balas Komen Ini]

ngeee ;)

gambar menginsafkan..

ada satu pepatah arab yg maksudnya "subuh adalah kilang pada pemuda" .. maksud pemuda tu adalah pejuang..

tQ sudi join.. asada dah link nama asy kat senarai peserta..

gud luck!

Post a Comment

 Online User