PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Dadah dan Artis Lagi.....

KUALA LUMPUR - Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.

Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut.

Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut.

"Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

"Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja," kata beliau.

Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.

Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Bakat Saiful Apek mula dicungkil selepas dia menyertai sebuah rancangan realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan kira-kira 10 tahun lalu sebelum dia menyertai sebuah kumpulan lawak, Senario.

Artis itu pernah membintangi beberapa filem termasuk Cicak Man, Duyung dan Nana Tanjung.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di Pangsapuri Sunway Court berkata, sudah dua hari dia nampak kelibat polis berkeliaran di kediaman Blok C tempat artis itu tinggal.


TintaBicara - Kalau awak orang biasa mungkin tak ada sapa ambil peduli tapi awak tu adalah perhatian masyarakat.AGAKNYA da tiba masa kita tak bleh menganggap artis itu adalah ikon :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

atiqahidrus said... [Balas Komen Ini]

isk3.

Miss Izah Mohamed said... [Balas Komen Ini]

HURM... TAK ABIS2

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

inilah idola masyarakat.. :P

..kesian kat anak2 beliau

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

inilah idola masyarakat.. :P

..kesian kat anak2 beliau

peaNut said... [Balas Komen Ini]

dh agak dh..msti apek..tgk brita semalam..mmg dh syak dia walaupun muka sensored...

Unknown said... [Balas Komen Ini]

setakat ni...yg saya tau ramai lg artis terkenal yg mmg dah terlibat dgn najis ni...dorang ni kalo dah kena mmg susah nak pulih...

Post a Comment

 Online User