KADAR faedah pinjaman sewa beli kenderaan akan dinaikkan antara 0.1 peratus dan 0.25 peratus berkuat kuasa Isnin ini sejajar kenaikan dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia.
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kenaikan itu oleh bank tempatan baru-baru ini
“Berkuat kuasa 7 Jun, kadar faedah pinjaman sewa beli bagi kereta nasional baru dinaikkan 0.1 peratus, manakala bagi kereta bukan nasional baru pula, dinaikkan pada kadar 0.25 peratus.
“Secara umumnya, bagi pinjaman sewa beli kereta nasional baru bagi tempoh sembilan tahun kadarnya akan dinaikkan kepada 4.1 peratus; tujuh tahun kepada kepada 4.0 peratus dan lima tahun kepada 3.85 peratus.
“Bagi kereta bukan nasional, bagi sewa beli dengan tempoh sembilan tahun, kadarnya dinaikkan kepada 3.85 peratus; tujuh tahun kepada 3.75 peratus dan lima tahun kepada 3.5 peratus,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Bank Negara Malaysia 13 Mei lalu, menaikkan OPR, iaitu penanda aras yang digunakan bank tempatan untuk menentukan kadar faedah masing-masing, sebanyak 0.25 peratus kepada 2.5 peratus dalam usaha menaikkan kembali kadar faedah ke paras wajar selepas penurunan drastik dibuatnya tahun lalu bagi menampan kesan krisis kewangan global.
Aishah menegaskan, kadar faedah pinjaman sewa beli baru itu akan merapatkan jurang antara kadar yang dikenakan ke atas kereta nasional baru dengan kereta bukan keluaran tempatan yang ketika ini adalah lebih rendah.
Beliau turut melahirkan keyakinan kenaikan itu dijangka tidak menjejaskan jualan kenderaan kerana ia adalah kecil.
Justeru, katanya, MAA tidak akan menyemak semula unjuran jualan keseluruhan kenderaan bagi tahun ini sebanyak 550,000 unit.
Tahun lalu, jumlah jualan kenderaan di negara ini adalah sebanyak 536,905 unit.
Jumlah jualan kenderaan dalam tempoh kira-kira lima bulan tahun ini pula adalah lebih 196,000 unit, lebih tinggi berbanding jualan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu kira-kira 162,000 unit.
Perkara sama turut dipersetujui firma penyelidikan, HwangDBS Vickers Research Sdn Bhd.
Mengikut firma itu, ia adalah kenaikan kecil dan tidak akan menjejaskan jualan kenderaan.
“Sebagai contoh, bagi pinjaman sewa beli kereta nasional sebanyak RM100,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun, kenaikan itu akan membabitkan bayaran tambahan RM9 sebulan.
“Bagi pinjaman untuk kereta bukan nasional dengan jumlah dan tempoh bayaran balik yang sama, bayaran tambahannya adalah RM20 sebulan,” katanya.
Mengenai kesannya kepada keuntungan bank, HwangDBS berkata, ia akan memberi manfaat kepada bank yang mempunyai pendedahan besar dalam perniagaan sewa beli seperti Public Bank yang menguasai 26 peratus pasaran, AMMB (21 peratus pasaran) dan Maybank (17 peratus pasaran)
Sumber Berita Harian
Tinta Bicara Takper orang Malaysia Memang kaya tak caya? jom baca petikan ini
first sebab kita kata kereta dgn harga RM50k or RM60k adalah harga average untuk kereta yang mana kita akan dapat kereta Proton Waja or maybe Proton Exora. Sedangkan orang UK, bila kereta tu dah lebih GBP50k, diorang dah kata kereta tu mahal giler. Bagi mereka yang berpendatan lebih dari average kat Malaysia, ada la yang pakai Vios, Honda City, Honda Civic, yang mana harga dia range dari RM80k ke Rm120k. Kita tak kata kereta tu mahal lagi, kita cakap kereta tu above average dan kita kata kereta2 mahal tu mcm Mercedes, BMW, Audi which range RM200k ke atas. Kita panggil kereta Ferari, Maserati, Porche itu kereta mewah sebab dah lebih dari RM800k.
Secondly, kita tak kisah untuk pinjam bank dan ikat sampai 9 tahun sedangkan by the time 9 tahun, kereta tu dah takde value dah. Wheareas, by the time 9 tahun, orang dok kat UK dah tukar kereta maybe 3 kali yang dibeli cash.
Aku tau, nanti orang akan kata, perbandingan aku tak adil, RM compare to GBP berapa beza, kos sara hidup kat sana berapa dan kat Malaysia berapa pulak, harga minyak mcm mana pulak, dan sebagainya. tapi, itu bukan point aku, point aku ialah, berapa banyak duit yang kita belanjakan untuk sebiji kereta dibandingkan dengan pendapatan kita dan andai kata kos sara hidup kita ambil kira, kenapa kereta kat Malaysia still mahal even compare to negara lain? aku tau tax adalah sumber pendapatan negara, tapi kenapa kerejaan sanggup kurangkan tax bagi syarikat koporat tapi kerajaan macam malu2 je nak kurangkan cukai untuk kereta, especially kereta yang dalam kelas sederhana.
Maka, ada orang akan cakap sebab nak protect Proton, Naza and Perodua. Lupakan Perodua sebab Perodua bukan kereta Malaysia, dia hanya reprint version of kereta2 Daihatsu/Toyota dgn emblem Perodua, begitu gak dgn Naza dan Inokom. Proton je setakat ni yang boleh dikatakan kereta Nasional Malaysia, andai kita rakyat dah berkorban bertahun untuk Proton, apa salahnya kalau Proton bekorban pada rakyat?
Sumber Group FB
Tahniah inilah hadiah 1 MALAYSIA Dari kerajaan tercinta
di mana kapitalisme mendapat kedudukan selesa dan rakyat menderita
Best Regards
TintaBicara
4 Dakwat Tumpah:
lepas nie apa kata beli beskal reramai.... ok la tuh... bumi pon tak tercemar.. hehehehe
ayoyo...
tanah tumpahnya darahku kembali lagi.. kali ini 2014 bermula hari ni 17hb mac 2014 interest naik lagi.. terima kasih kerajaan..!!
Kadar faedah pinjaman kereta naik lagi tahun 2014 ni. Untuk kereta nasional, kadar faedah 5.25% untuk pinjaman 5 tahun.
Sila baca berita lanjut sini:
http://www.myroadtax.com/2014/03/20/kadar-faedah-pinjaman-kereta-naik-5-25/#sthash.Z8iDXXrW.IwSXTP9K.dpbs
Apa komen anda?
Post a Comment