PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Tips - Bagaimana Untuk Memastikan Kelangsungan Sesebuah Blog



Assalamualaikum :-)

Alhamdulillah dari hari ke sehari berjaya jugak mengharungi hidup sebagai seorang pekerja swasta pelajar separuh masa dan blogger suku masa? ada ke :-o
Hari ini isu yang ingin di sentuh adalah bagai mana memastikan blogging ini menjadi satu aktiviti yang ringat ceria dan menceriakan hidup anda?
Blogging sepatutnya adalah mudah,tak perlu stress dan boleh di gunakan bagi melepaskan masa daripada melakukan perkara yang lagha kan?

Antara beberapa perkara yang perlu di ambil berat oleh blogger2 junior dan intermidiate untuk memastikan kelangsungan blog anda akan dikupas dengan lebih lanjut selepas ini.Kenapa tidak blogger senior? ini kerana yang senior pastilah dah lebih master dalam perkara perkara yang akan dinyatakan selepas ini


Tujuan
Untuk apa kita berbloggeR? sebelum kita meneruskan kelangsungan sebagai seorang blogger kita perlu ada asas tentang apa yang kita hendak coretkan? Jangan lah buat blog kerana blog dalam dah kena BAN dengan ex couple lepas tu create blog baru untuk semata counter attack je lepas tu tak habis habis dengan publsiti murahan meraih simpati orang lain kononya aku tak bersalah :-o kan kelakar bunyinya tapi itulah realiti seperti apa yang dikongsi oleh seorang rakan blogger. Gunakan Medium blog sebagai tempat wacana pemikiran berkongsi rasa perasaan dan kehidupan tapi bukan tempat mengadu domba melaburkan fitnah dan juga menambah saham neraka di akhirat, Jangan lupa setiap apa yg di taip setiap apa yang di tulis akan dipersoalkan satu demi satu di sana nanti.

Entry
Entry adalah ibarat oksigen bagi sesebuah blog,sebuah blog akan menjadi tidak ber erti tanpa entry di sisi,pastikan sekurang kurangnya update sekali untuk sehari tapi kadang kadang bila kita dah masuk ke alam jem ataupun stuck sick memang kita tak dapat nak update,cuba perhatikan sekeliling anda banyak perkara yang menarik untuk di kongsi bukan? jadi olah la segala yang ada disisi untuk di kongsi bersama pembaca. walaupun entry itu sekadar kenapa kita tak boleh pijak lipas,bagaimana nak pastikan nasik tak bekerak, entry contoh lagi entry mengenai erti kehidupan seperti ini  tak lupa jugak kenangan di rumah terbuka dan  juga mengenai surat cinta di zaman mda muda :-). nampak remeh kan? tapi? sebenarnya berisi membuatkan hidup lebih gembira ? jadi jangan memilih,ada qualiti ada juga quantiti,alah kalau edit dari akhbar pun dikira entry jugak bukan semua nak baca cerita panjang2 dalam akhbar pastikan di kredit kepada pemilik akhbar ( di mana aku juga kadang kadang terlupa).
 Jnagan pulak sangap nak menang hadiah lepas tu copy paste entry orang lain semata mata nak masuk contest memang hina lagi lagi bila dah terkantoi sampai bila bila pun orang akan ingat waima kau bukak la berapa banyak blog sekalipun kan :-).

Trafik


Trafik adalah satu perkara asas dalam sesebuah blog? ada blogger yang lebih kepada catatan harian ada blogger lebih kepada isu isu semasa yang panas dan ada blogger yang hanya cuba melaga lagakan dan juga menfitnah di dalam dunia blog. Waima sekali pun trafik adalah penting kerana trafik itu ber erti pembaca...walaupun mereka sekadar menjengah ke ruangan shoutmix atau chbox mereka tetap adalah pembaca kita kerana setiap page views di ambil kira oleh Nuffnang dalam buffered earning kita. jadi rajin rajin la menjengah blog kawan kawan tinggalkan komen,(biarlah berkaitan isu bukan hanya sekadar hai) ataupun tinggalkan jejak di shoutmix . Kalau diri kita otai tak perlu sebab mereka memang ada pembaca tegar. kalau nak jadi macam tu kena la mula dari bawah bukan tiba tiba berada di puncak? kerana apa? kerana kita akan mudah jatuh tanpa asas yang kukuh

Layout
Layout mestilah kemas teratur dan sangat mudah didekati oleh pembaca! ingat BLOG BUKANLAH Myspace ATAU Friendster. Jangan sesekali copy coding myspace dan tepek terus kat blog.Nanti blog loading akan menjadi perlahan dan juga membantukan niat murni pembaca untuk mengakses dari satu topik ke satu topi. Bagi blogger yang menekankan kepada page views boleh la mengunakan coding Read More untuk meningkatkan page views. sebenarnya itu adalah salah satu strategi dalam dunia blog dan percayalah ada berbagai bagai lagi cara yang boleh di gunakan untuk perkara tersebut.

Gadget
Bahagian ini perlu di ambil berat oleh blogger2 baru aka junior sebab intermidiate telah melalui zaman ini kan :-). Kurangkan gadjet2 yang dirasakan tidak perlu contohnya macam source traffic widget,jam, kalender,tikus,ikan dan bagai bagai lagi sebab ia akan memakan space dalam blog anda dan effectnya? blog akan menjadi berat dan loading time akan menjadi lebih lama kan? Satu lagi adalah pengunaan berbagai jenis lagu autoplay "bayangkan dan letakkan diri korang pada situasi tersebut" yang mana dengan kelajuan internet korang bersusah payah untuk loading blog tiba tiba bunyi gitar dan drum berkumandang peh memang bingit telinga dah la kuat semacam kalau kita view lebih dari satu blog dalam satu masa? ha? remix la lagu jadinya?kan betul Bila Tinta Bicara sangat paham kerana blog adalah tempat personal tapi pikirkan mengenai pelawat yang datang kerana mereka adalah pembaca....lagu tu boleh letak kat dalam mp3 laptop dan bagia bagai kan?lain padang lain belalang lain orang lain ragam? kalau hajat di hati dah kata mesti ada nak buat macam mana? ambo sekadar berkongsi rasa kan?

Identiti 
Setiap blogger harus mempunyai identiti tersendiri, tak perlu cuba jadi orang lain nampak dia glam kita pun nak ikot nampak blogger kachak kita pun nak kipas nampak blogger chantek kita pun nak naik syeikh! jangan begitu En Ben selalu mengingatkan pembaca tegar belilau agar mencari identiti. Jadilah diri sendiri tak perlu jadi orang lain kerana kita adalah sebaik baik ciptaan kan :-)

Ukhwah
Dalam alam maya ini mungkin kita tidak pernah bertemu atau saling mengenali......tapi sekurang kurangnya belajar lah menghormati orang lain,kita mungkin tidak setuju dalam sesuatu isu ataupun pembawakan orang lain namun belajarlah untuk menasihati secara berhikmah,bukan main sembur je, JANGAN JADI GILA TRAFIK!. Jadilah orang yang gila untuk menambah teman rakan dan taulan bukan kan lebih manis begitu? kan ada kawan dari Utara sampai ke Selatan Timur sampai ke Barat and maybe sabah pun. Yang pasti jangan ambil Kesempatan ke atas kesusahan orang lain membantulah selagi yang termampu katakan tidak kalau kita tak mampu untuk memberikan pertolongan yang di minta

Dan yang terakhir rajin rajin la bertanya kalau takut sesat jalan banyak lagi mereka yang hebat boleh di jadikan tempat bertanya dan kebanyakan dari mereka mereka ini tidak lah kedekut ilmu dan tidak la sombong.jadi bongkak bila kita dah berjaya dan di atas sana senantiasa ingat dari mana kita berada bagaimana kita bermula dan saat pertama kita jatuh kerana apa? kerana itulah permulaan bagi sebuah kelangsungan hidup di alam realiti mahupun di dunia blogging :-)

Sekadar berkongsi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


36 Dakwat Tumpah:

suria lekatlekit said... [Balas Komen Ini]

Tips yang sangat berguna.. Thanks

hamzah ian said... [Balas Komen Ini]

oh.. mcm tu...

kerangRebus said... [Balas Komen Ini]

perh!cayalah asy..rajin kamu menaip pjang lebor yer..

kenapa saya bebelloog?
1-kepuasan diri sendiri
2-kepuasan diri sendiri
3-kepuasan diri sendiri

selebihnye, teman2 baru,$$, and info baru...kalau dapat, dapatla kan...alhmdulillah je :)

**selamat berbelloog! :D

emieysandra said... [Balas Komen Ini]

byk tips kat sini.tQ!
suke dengan penggunaan waima tu. ;)

Faten Rosli said... [Balas Komen Ini]

sangat bagus en3.. bole fatin jd kn panduan.. ^_^

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

suka entry ni:)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@THE LEKAT LEKIT STORY terima kasih :-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@hamzah ian ala hamzah ko da masuk senior dah master dah semua aspek kan

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@kerangRebus yeah kepuasan diri :-p dengan harapan tidak menimbulkan syak wasangka kepada orang lain hikl2

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@♥-- emieysandra --♥ alahai tips tu dah ada cuma di ceritakan melalui cara tersendiri aja :-p waima sehebat mana sekalipun kita semuanya bermula dari langkah pertama :-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@misz FaTiN yang baik dijadikan taulandan yg tak baik kita jadikan iktibar nasihati saya kalau saya terkasar bahasa :-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@alin terima kasih cik alin :-)

Arai Utan Ujan said... [Balas Komen Ini]

nice posts especially 'the gadget' part.thanx very much

Kak Mahh said... [Balas Komen Ini]

Tips yang berguna.BAGUS!

Ash Ralf said... [Balas Komen Ini]

Semart!

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

thx asy!
info yg berguna mcm ahkak blogger yg suam2 kuku ni.. :)

Unknown said... [Balas Komen Ini]

WAA.entri ni sgt bernas la..btol je apa semua tu

yong pon msih junior.biasa2 jerk entri nyer..

heheh

Nabilla Nasir said... [Balas Komen Ini]

thx. btw, blogging mmg lagi best compared to others. banyak faedah sbb kte berfikir. lagi satu sbb boleh maintain skill writing. :)

Irnie said... [Balas Komen Ini]

:D suke suke..!!

oya said... [Balas Komen Ini]

a'ah kan..mari berkawan..rase close jer if amik tau blog tu kan

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@azraiasari my pleasure if i can help you :-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@zmah terima kasih kat zmah

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Ash Ralf shairng is caring

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@makdara TERdiva thanks ahkak sudi jengah2

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@alinac lover sama la kita :-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@NabiLLa NaSir yea blogging is sharing ;-)

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@Irnie suki suki suki :-o

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

@oya jom tambah kawan :-)

eiela said... [Balas Komen Ini]

betul tuh, saya setuju dengan kenyataan di atas.

Latest Entri :
Tagline Blog? Perlu Ke?

mira_nas said... [Balas Komen Ini]

well.. kelangsungan blog kerana aku kerkurang idea dan kekangan masa.. yang lain... aku setuju..

Cikbelog said... [Balas Komen Ini]

sangat beguna tips ni..kadang2 rasa cam stress jugak bila bukak blog yang ada autoplay..hee ;)

xDer said... [Balas Komen Ini]

well done :)

maisyah said... [Balas Komen Ini]

betul tu..gadget2 saya yg dulu2 banyak da buang..

Leena said... [Balas Komen Ini]

wow..nice =)

NuRuL iZZa said... [Balas Komen Ini]

bgus sgt tips ni..thanx..

My Name is Mar said... [Balas Komen Ini]

Hai.. Nice entry:)
I promote this entry at mine:)
Here:http://musicbrilliant.blogspot.com/2010/12/blog-aku-kan-suka-hati-aku-lah.html
Before this tak pernah singgah and klik blogwalking you..
Its ma first time here and..
its cool...

Post a Comment

 Online User