PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Ratu Elizabeth Pun tahu bagai mana nak hormati Agama Islam
ABU DHABI - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II mencuri perhatian media negara kelahirannya apabila baginda menutup rambut, memakai kot labuh bersulam kristal Swarovski dan berkaki ayam semasa melawat ruang solat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi kelmarin.
Sebuah akhbar melaporkan Ratu Elizabeth II yang diiringi suaminya, Putera Philip dan anak ketiga mereka, Putera Andrew, tiba di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kelmarin bagi melakukan lawatan.
Sebelum melawat ruang solat masjid berkenaan, baginda memberi penghormatan di makam Sheikh Zayed yang merupakan pengasas negara UAE.
Baginda kemudian membuka kasut sebagai tanda menghormati ajaran agama Islam sebelum memasuki ruang solat utama masjid itu.
Lantai ruang solat utama Masjid Sheikh Zayed iaitu masjid terbesar di UAE, dilitupi karpet seberat 35 tan yang ditenun oleh 1,200 wanita Iran selama dua tahun.
Semasa berada dalam Masjid Sheikh Zayed, Ratu Elizabeth II berkesempatan melihat sekumpulan gadis membaca kitab suci al-Quran.
Ratu Elizabeth II mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke UAE dalam usaha untuk merapatkan hubungan negara berkenaan dengan Britain
Kat malaysia? susah bagai nak mintak mereka hortmati agama kita kan? sebab apa? kita sendiri jarang nak hortmati agama kita renung2kan...
Related Posts : Berita Semasa,
Ratu Elizabeth
Labels:
Berita Semasa,
Ratu Elizabeth
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
15 Dakwat Tumpah:
betul tu... orang kita sniri pun taktau nk hormati agama sniri..
kalaulah orang tau betapa jahatnya ratu elizabeth dan sekutunya,akan adakah entry sebegini?
bagus. lagi bagus kalau dia dapat hidayah. insyAllah. hehe
alhamdulillah..smoga die pun dpt mncintai islam ;)
org british mmg tekenal dgn nak jage imej..yg VVIP VIP la..lagi pun mmg pakaian org barat dress panjang mase zaman dulu..sekarang je dah mcm xcukup kain..
wah..
tp betul la kn..cuba tgk kt negara kita sendiri..
ada gak yg xhormat agama :(
bagusnya dia...
see,org luar.
tp org kita sendiri tak tau nk hormat lgsg.
btol3...
orang bukan muslim pun tau hormat Islam, tapi yang sedihnya orang Islam sendiri ramai tak hormat Islam... sedih~
org yang bukan islam pulak yg hormat islam...orang yg memang kompem2 islam plak cmner?? hurmm ntah...
teringat plak kat Islamic Fesyen Festival tu..orang Islam sendiri tak tahu nak hormati agama Islam..semoga cara Ratu Elizabeth ni dapat dijadikan teladan
sejuk hati tgk gambar ni...
semoga dye msok islam..:)
Ratu Elizabeth yg baju putih/krim tu ke ?
sgt baik :)
ratu elizabeth pun tau nak hormat agama islam..ni org islam ada yg tak posa di bulan posa
Post a Comment