Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.
Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.
Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.
Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.
“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.
“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.
“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Semoga Allah Membalas pengorbanan ibu muda terbabti dengan Rahmatnya,......
9 Dakwat Tumpah:
ya Allah.... sungguh kejam nye dorg tuh yer...mmg hati binatang.... moga2 Allah turunkan bala buat mereka.... mmg sedeh akak baca neh....
Ya Allah.... kesian nya.. kesian mak dia, berkorban demi anak tue... terharu.. dan mengigil aku baca.. HArap2.. perompak tue akan ditangkap dgn segera... dan terima hukuman setimpal...
kesiannya. :'(
nak menangis je dgr.
Ya Allah..menggeletar bila baca N3 ni..kejam sungguh penjenayah tu..haishhh!
hmm..ingat pulak kat mak kat umah..
kesian ibu muda itu..
demi ank2,, ibu sanggup berbuat apa sja.. so,,hargailah ibu kita..
hope org jht 2 kena tangkap la..
Binatang!!!!!!!!!! Binatang punye penjenayah!!! Ei, geramnye aku bc entry ni Asy oi. Tergamak dua ekor (diulangi 2 ekor) jantan tu rogol mak tu. Dpn anak dia plak. Rakam plak. Dah la rompak harta benda org. Agaknye sbb hari2 mkn n minum benda kotor, so hilang perikemanusiaan diorg. Tak terlintas ke pd diorg kalau yg dirogol tu mak diorg sndri, or kakak n adik pompuan diorg sndri? Umur baru 20'an. kalau aku dpt, mmg akna terajang muka diorg smpi pecah! I hate jantan yg mcm binatang!!! (Er. sori Asy atas sesi luahan perasaan marah ini di blog kamu. Akak mmg benci dan geram dgn org2 yg berbuat jahat pd org lain ni. Kalau ye pun nak jd jahat, jgn la kejam sgt. N jgn smpi menjejaskan org lain. Hope kna tangkap n kena balas dgn setimpal. kita bukan xtau polis zmn skrg. Mmg dasat diorg belasah penjenayah utk bagi pengajaran. Agree with polices nowadays. Kt Arab, pencuri kna potong tangan lagi. Cni takat kena terajang, sbb tu kot org xtakut buat lagi jenayah.)
sedih bila kes2 mcm ni berlaku kat m'si. mmg kena laknat la perogol tu....
ya ALLAH, pengorbanan seorang ibu...hinggakan maruah pon mampu diberi untuk anaknya....harap bila anaknya dah besar nanti..jgnlah dilupakan pengorbanan ibunya...jgnlah dihina ibunya..moga anaknya menjadi insan yg berguna ..dijauhi dr gejala sosial
Post a Comment