Assalamualaikum
masih belum terlambat untuk berkongsi Kelebihan bulan rejab bersama kawan kawan
bak kata orang bende yang baik tak salah di kongsi bersama kawan kawan bukan?
Jom baca..
Sabda nabi S.A.W : “Sesungguhnya bulan Rejab itu bulan Allah, bulan Syaaban itu bulanku dan bulan Ramadhan bulan umatku.” Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat daripada Allah terbuka luas bagi hamba-hambaNya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran. Berikut merupakan kelebihan bulan Rejab:
1. malam awal Rejab mustajab Doanya
2. puasa sehari pada bulan Rejab mendapat pahala syurga yang tertinggi (Firdaus).
3. Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya
4. puasa 3 hari mendapat dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
5. puasa 4 hari diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah dajal di hari kiamat
6. puasa 5 hari aman dari azab kubur
7. puasa 6 hari keluar dari kubur bercahaya mukanya
8. puasa 7 hari ditutup daripadanya 7 pintu neraka
9. puasa 8 hari dibuka baginya 8 pintu syurga
10. puasa 9 hari keluar dari kuburnya lalu menyeru ‘Lailahaillallah' tidak ditolak dia dari memasuki syurga
11. puasa 10 hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirotulmustaqim pada tiap-tiap satu batu.
“Kembalilah kepada Tuhan kamu dengan memohon keampunan dari dosa-dosa kamu dan hindarkanlah perbuatan maksiat dalam bulan mulia iaitu bulan Rejab
TAPI! Tapi apa?
TintaIngin menekankan bahawa amal ibadah kita hanyalah kepada dan untuk Allah Sahaja pencipta kita
kalau di buat perbandingan sebagai seorang hamba kepada TUANYA kita tak layak meminta apa apa sebagai balasan perbuatan kita,tapi TUAN kita berhak menganugerahkan kita apa sajaha yang dikehendakiNYA kepada kita
Justeru biarlah kita BERIBADAH KERANA ALLAH
BUKAN KERANA PAHALA
Sesungguhnya ALLAH akan menganugerah kan kita apa sahaja yang dikehendakinya asalkan kita BERBUAT SESUATU KEPADANYA
Kita ini amat hina untuk mengharap kan PAHALA daripadanya,tak layak!
Betulkan niat
InsyAllah keberkatan akan datang bersama
renung-renungkan selamat beramal
Wallahualam
1 Dakwat Tumpah:
hmm,mungkin benar apa yang diperkatakan oleh tuan blog tapi ikhlas itu ada 3 tahap dan salah satunya kita melakukan sesuatu dengan mengaharapkan pahala itupun dikira ikhlas kepada-Nya kerana pahala itu dari siapa kalau bukan Dia..x salah kita beribadah mengharapkan pahala kerana itulah cara yang digunakan oleh ulama dalam menaikkan semangat untuk beribadah...sekadar perkongsian kalau salah tolong tegur..maaf saya lupa nama ulama yang state tahap ikhlas itu...
Post a Comment