PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

MELAYU? BIASALAH DAH TERHANTUK BARU TERBANGAK-BANGAK NAK TERGADAH....


ANGGOTA penguat kuasa MPPP sedang merobohkan Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Selepas empat bulan ditangguhkan, Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dekat sini akhirnya menyembah bumi semalam apabila operasi meroboh dilaksanakan oleh anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Operasi yang bermula pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun kecoh apabila pemiliknya, Johar Ismail, 34, bersama isteri dan ibu mentua pada awalnya enggan meninggalkan premis terbabit.

Beberapa rakan beliau termasuk wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan turut mengadakan solat hajat diikuti membaca surah Yasin bagi menghalang kira-kira 30 penguat kuasa MPPP yang dibantu polis dan bomba daripada bertindak merobohkan kafe itu.

Keadaan juga menjadi tegang kerana Johar yang enggan berganjak di tingkat atas balkoni kafe yang juga menjadi kediamannya itu melaungkan azan sebaik operasi meroboh bermula

Sumber Kosmo
TintaBicara - Menang Lah sorak walau kampung tergadi :-)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

kacang said... [Balas Komen Ini]

huhu.
cantik ouh cafe tuu

nurmisnan said... [Balas Komen Ini]

aku pernah dengar tapi belum cuba

kenapa di robohkan?
tidak ada geran atau ???
jelaskan sedikit bro...

HAZRIL HAFIZ said... [Balas Komen Ini]

harap dpatt pembelaan yang sepatutnya dari pihak berwajib

Post a Comment

 Online User