PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

UPDATE - ISU HALAL LAGI....


SEORANG kakitangan (kanan) sebuah kilang kicap cuba menghalang dua penguat kuasa menyita kicap yang menggunakan logo halal yang meragukan di Ipoh semalam.



IPOH - Operasi bersepadu membanteras penyalahgunaan sijil halal di sebuah kilang memproses kicap di Menglembu di sini semalam kecoh apabila anggota penguat kuasa dihalang daripada menyita barangan rampasan.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10 pagi itu, anggota penguat kuasa pada mulanya dilarang daripada merampas barangan rampasan seperti botol kicap, botol kosong dan label yang dianggarkan bernilai RM1,000 oleh seorang wanita yang merupakan pemilik kilang tersebut.

"Jangan rampas barang kami, ini masalah logo halal sahaja. Bukan kami tak mohon sijil halal tapi sudah kena tipu dengan orang tengah, tunggu peguam kami sampai dulu," dakwa wanita itu.

Wanita itu kemudian berjaya ditenteramkan apabila Penolong Pengarah (Bahagian Penyelidikan) Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Fakhrul Zaman Abu Mansor memberitahu akan meminta bantuan polis sekiranya tugas mereka terus dihalang.


Sumber - Kosmo


Tinta Bicara Welcome to Malaysia our lovely Islamic Country :-)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Dakwat Tumpah:

Mr. Asada said... [Balas Komen Ini]

ada orang yang ambil kesempatan dengan kesibukan peniaga yang mahukan sijil halal??? teruknya masyarakat kita.. adoii..

Post a Comment

 Online User