PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Mangkuk Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah S.A.W. dengan sahabat-sahabatnya Abu
Bakar r.a., Umar r.a, Uthman r.a, dan Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah
Ali r.a, isterinya Sayidatina Fatimah r.ha., puteri rasulullah S.A.W menghidangkan
untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika
semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam
mangkuk itu. Baginda Rasulullah S.A.W. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk
membuat suatu perbandingan terhadapketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik,
madu
dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang
yang beriman itu lebih manis dari madu dan
mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
seorang rajaitu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit
dari meniti sehelai rambut".

Uthman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang
yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu dan beramal dengan ilmu yang dimiliki
itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu
tamu itu lebih manis dari madu dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke
rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang
cantik,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu dan mendapatkan seorang
wanita yang
tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".

Rasulullah S.A.W. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah
lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal
dengan amal yang baik itu lebih manis darimadu dan berbuat amal dengan ikhlas
adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril A.S. berkata, "menegakkan pilar-
pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri,
harta dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu dan mempertahankan usaha
agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah S.W.T. berfirman, " Syurga-KU itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu,
nikmat syurga-KU itu lebih manis dari madu dan
jalan menuju syurga-KU adalah lebihsulit dari meniti sehelai rambut".










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Dakwat Tumpah:

Post a Comment

 Online User