PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Mike Tyson Pun Menangis Di Depan Raudah


MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.
Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.
“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.
Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.
Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.
Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.
Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.
Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.
Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.



- Alhamdulillah Beliau sempat...harap kita pun berkesempatan....-





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

Unknown said... [Balas Komen Ini]

alhamdulilah..nak g gak..insya-allahh dlm massa yg trdekat nih =)

Sang Gabriel said... [Balas Komen Ini]

Taraf kita begitu rendah di hadapanNya

Anis izyan Abd Rahman said... [Balas Komen Ini]

waahh~
rindukan raudah..

Anonymous said... [Balas Komen Ini]

alhamdulillah..
moga kita dmurhkan rezeki agr dpt ke sana juge

Dear Jim said... [Balas Komen Ini]

wah tak sangka n tak tau lak dia masuk islam, sebabnya semalam baru tgk rancangan Oprah kat channel 702tak da pulak dia kata masuk islam...thank u asy kuarkan entry ni..updated betul..:)

sweetie2010.blogspot said... [Balas Komen Ini]

Alhamdulillah, dia dah sampai ke sana membuat ibadah umrah. kak Sweetie bila la nak sampai ke sana pulak.

Asraf dah sampai sana ker?

Post a Comment

 Online User