PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Remaja Mengandung Di Tangkap Khalwat.....

BUTTERWORTH: Seorang remaja berusia 17 tahun yang mengandung anak luar nikah, ditahan bersama pasangannya oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel murah di Jalan Bagan Luar di sini, semalam.

Remaja itu yang hamil tujuh bulan dicekup bersama teman lelaki berusia 18 tahun dalam serbuan kira-kira jam 4.30 pagi.

Ketika pemeriksaan dilakukan oleh JHEAIPP bersama pegawai masjid kawasan itu, remaja perempuan terbabit hanya berselimut tanpa pakaian, manakala pasangannya bertuala mandi.


Remaja perempuan itu bekerja di sebuah pasar mini, manakala pasangannya di sebuah pusat karaoke di sini.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata siasatan awal mendapati pasangan itu sudah berzina sejak tahun lalu.

Remaja perempuan itu mengaku dia sering menumpang di rumah rakan serta tidur di hotel bagi mengelak perbuatan terkutuknya diketahui keluarga, katanya yang turut sama dalam operasi itu.

Siasatan mendapati bilik hotel yang disewa pasangan itu adalah RM25 bagi satu malam.
Khairul Azman berkata, ketika disoal siasat dan diberi nasihat, remaja itu menangis serta memohon maaf di atas kesilapannya.

Mereka menyatakan kesal dan ingin bertaubat dan mendakwa akan mendirikan rumah tangga secepat mungkin, katanya.

Pasangan itu dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan dan semua barangan milik mereka dirampas untuk tindakan lanjut.

-Sumber BH-








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


14 Dakwat Tumpah:

Miss Izah Mohamed said... [Balas Komen Ini]

hurm.. ape nak jadi la ye...

makdara TERDIVA said... [Balas Komen Ini]

ops!!!!

sweetie2010.blogspot said... [Balas Komen Ini]

Napalah jadi sampai begini. Dah berzina dan mengandung 7 bulan. Minta dijauhkan ya Allah perkara begini terjadi terhadap keluarga kita. Nauzubillaminzalik.

Moga adik2 tu cepat dinikahkan dan kembali kepangkal jalan. Dunia dah akhir zaman.

farysa said... [Balas Komen Ini]

dua dua bwh umur
tu la
hotel tu murah sgt
hehe
*slhkn hotel plak

Nur Areefah said... [Balas Komen Ini]

7bln tuuu

velasrizal said... [Balas Komen Ini]

dunia akhir zaman,,,


Milan Jovanovic Sah Sertai Liverpool !

velasrizal said... [Balas Komen Ini]

apa nk jadi..

Milan Jovanovic Sah Sertai Liverpool !

Mohd Fadil said... [Balas Komen Ini]

Astagfirullah...keluarga perempuan tak perasan ker anak depa mengandung..? 7 bulan tu sepatutnya dah nampak besar kat perut tu...

alinac lover said... [Balas Komen Ini]

da 7 bulan? berzina lg?

NK senang beranak kowt! huh!

Wan Haffiz said... [Balas Komen Ini]

klu wat hukum hudud kn bagus..bru org gerun nk zina..

HEROICzero said... [Balas Komen Ini]

gagaga~ ini memang style =)

abraham berkata said... [Balas Komen Ini]

dunia akhir zaman zina dah jadi biasa

abraham berkata said... [Balas Komen Ini]

perkara biasa dah laaani zina tu

abraham berkata said... [Balas Komen Ini]

zina ni jadi barang mainan

Post a Comment

 Online User