PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Mati Di Tikam Peragut

PETALING JAYA - Siapa sangka seorang wanita yang menderita kanser payu dara sejak lima tahun lalu menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka apabila dia ditikam oleh seorang penjenayah yang mahu menyamunnya di jejantas Jalan Subang Utama berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7.10 pagi itu mengakibatkan seorang guru Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika), Leong Lai Yoong (gambar), 57, mati di tempat kejadian selepas cedera parah ditikam oleh suspek di rusuk kiri dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.

Sebelum kejadian, suspek berusia dalam lingkungan 20-an tersebut telah mengekori mangsa sebaik wanita tersebut turun dari sebuah bas sebelum naik ke jejantas itu untuk ke seberang jalan bagi menaiki sebuah lagi bas ke tempat kerjanya di kawasan Subang.

BACA LEBIH LANJUT DI KOSMO

///Sekadar mengingatkan kepada semua rakan2 blogger baik lelaki ataupun wanita
musim perayaan dah makin dekat. Maka kita akan dengar kes pecah rumah,langgar dan samun dan juga ragut kerana mereka sedang mencuba mendapatkan duit yg cukup untuk musim perayaan
bagi wanita

pastikan jangan letak wallet atau henset di dalam tas tangan
andai kata dah sampai time kita nak kene
bagi je beg tangan tu atleast dokumen penting kita selamat

bgi lelaki ko kuntau kan je balik peragut tu tak pun kau bukak je langkah seribu
jenuh dia nak kejar tuh

sama sama kita berusaha mengatasi masalah yg semakin menjadi jadi




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


3 Dakwat Tumpah:

siti ika said... [Balas Komen Ini]

bahaye, bahaye.. peragut tu, kot ye pun nak cari duit raya, jgn la sampai macam tu. esok lusa nak sopin raya ni.. harap2 ok je..

HanisAzla said... [Balas Komen Ini]

Pernah kena samun mei lepas. Mujurlah tak cedera ataupun dicederakan. Tapi sampai skrg jgk masih fobia...

sweetie2010.blogspot said... [Balas Komen Ini]

Salam Asy.

Jenayah samun ni begitu berleluasa sekali, dulu kalau kes samun begini tak der sampai membunuh, sekarang ni macam mudah jer orang nak membunuh ni, takut ler..nak jalan mana2 pun kene berteman.

Post a Comment

 Online User