PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Review - 10 Hari berpuasa Di Malaysia


Assalamualaikum :-)
walaupun sedikit lewat
jom kita tengok apa yang berlaku sepanjang 10 hari berpuasa di Malaysia yang tercinta ini :-)

1) Isu-Isu Semasa

BUANG BAYI -
Dikala umat islam seluruh dunia bergembira menyambut puasa Malaysia digemparkan
dengan pembuangan bayi merata rata. 1 Ramadhan sepatutnya menjadi detik terindah
menjadi mimpi ngeri bagi rata rata bayi yang tidak di perlukan oleh ibu yang telah tersilap
langkah. Hari demi hari sehinggan 10 ramadhan masih ada lagi berita pembuangan bayi di
dada-dada akhbar kita. Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dariNYA dalam menghadapi
segala rintangan kehidupan

BAZAAR RAMADHAN

Bazaar ramadhan setahun sekali kembali menjengah di celah kehidupan rakyat marhaen. Di sana
sini bazaar ramadhan tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Rata ratanya mencabar
keimanan dan keteguhan iman sesorang Muslim yang sedang berpuasa sama ada mereka tewas
ataupun tidak ketika berbuka puasa. Walaupun mereka gagah di 7 jam berpuasa mereka mungkin
tewas ketika berada di bazaar Ramadhan.
Menariknya tiada siapa yang ambil peduli mengenai kebersihan maknan yang di sedikan samada
oleh pendatang asing? rakyat malaysia? mereka mendapat suntikan vaksin bagi penyedia makanan
ataupun cara mereka menyediakan makanan di rumah dipijak pijak kah tikus dan lipas kah?
kerana apa? kita tak pernah ambil peduli. Sebab Kerajaan kan ada :-)

BUFFET RAMADHAN

Di awal bulan ramadhan ni baru lah Majlis agama islam menunjukan taring dalam memperkasakan
mengenai perkara halal dan haram dalam penyedian makanan oleh tempat tempat mewah ini.
Langkah proaktif telah di ambil dengan memampangkan senarai hotel hotel yang halal dan haram
di muka akhbar telah menyebabkan ramai tokeyh2 besar mengelupur sekejap untuk mendapatkan
kelulusan Jakim. Tapi? adakah isu ini hangat sementara waktu sahaja? ataupun akan sunyi di
minggu kedua? biasanya ia hangat hangat tahi ayam tapi sekurang kurangnya mereka berusaha.

MASJID

Alhamdulillah di minggu pertama Masjid dan surau di serata Malaysia akan meriah dengan ibadah
malam hari . Disini umat islam dalam berkumpul dan berbincang isu isu semasa dan di samping
menambahkan amal ibadah. Disusuli dengan tazkirah dan jugah moreh selepas Tarawikh. Tak lupa
juga budak budak akan sibuk dengan mercun dan bunga api di luar masjid :-) begitulah
meriahnya masjid kita

HARGA BARANG

Harga barang di 10 hari pertama ramadhan ini menunjukan peningkatan walaupun ia tidak digembar gemburkan oleh media arus perdana.Barang barang keperluan semakin naik harganya menjelang musim perayaan Islam tapi tiada yang ambil peduli. Macam biasa kalau kita buat aduan mereka akan suruh kita berhenti dari mengambil makanan yang di sebutkan TERBAIK.


BALIK RAYA

Buat masa ini rakyat masih menantikan pengumuman dari kerajaan mengenai kadar diskaun untuk tol lebuh raya di musim perayaan. DI khabarkan juga tiket balik ke Pantai timur bagi KTM telah habis di jual manakalan destinasi destinasi lain masih banyak yang perlu di jual. Syarika syarikat bas juga masih belum menimbangkan untuk menyediakan perkhidmatan bas tambahan di musim perayaan

TAK PUASA
Masih ada lagi makhluk2 tuhan yang tidak menunaikan ibadah berpuasa di siang hari.Di 10 hari pertama ini dijangkan hanya risikan yang di jalankan bagi mengenas port port melepak dan makan di bulan puasa. Dan operasi VAN JENAZAH akan dijalankan di 10 hari seterusnya maka bersiap la dengan surat khabar untuk menutup muka


Nantikan review 10 hari bahagian kedua nanti.
Dijangkakan isu yang hangat diperkatakan adalah

1) Hilang Jari
2) Ditangkap ponteng puasa
3) Tiket bas habis
4) Shopping sakan
5) Masjid semakin meriah
6) Dan banyak lagi yang akan menyusul :-)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

sweetie2010.blogspot said... [Balas Komen Ini]

Salam Asy,

Walaupun syaitan dirantai di bulan Ramadan ni, namun nafsu jahat mereka yang membuang bayi terlebih dari syaitan, dgn perlakuan zina kemudian membunuh/membuang bayi sesuka hati.
Kepada Allah swt kita berdoa agar kuatkan iman kita semua dlm kehidupan.

Jauhkanlah kita dari perlakuan keji begini.

nairaariaa said... [Balas Komen Ini]

salam...isu yang buang bayi tu mmg menjadi2 btol la skrg...cam fenomena lak...mintak jauh la...

p/s:slmt berpuasa

-haLi3isa a.k.a L3ha, MY- said... [Balas Komen Ini]

Salam. Isu2 yang ada nie sentiasa melingkari setiap waktu. tapi dalam bulan kali nie, isu2 nie menjadi bualan paling hangat sekali.

Moga hidayah Allah terus berada di hati kita. Dan semoga hidayah Allah hadir di hati mereka yang lalai~

ayin~weeweet said... [Balas Komen Ini]

maken orang kata jgn buat maken org suka buat.kita ni nak mencabar hukum allah agaknya ke?nauzubillah~

Post a Comment

 Online User