PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Saintis Sahkan Nabi Musa A.S membelah laut Merah
Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
:-) Seindah dan Sebaik baik buku SAINS di muka bumi ini adalah Al-Quran nur qarim
teori Big bang yang dicetuskan saintis barat juga belum mampu menyamai atau mendekati Fakta penciptaan Alam yang indah ini seperti yang tercatit di dalam Al-Quran
itu pun sibukkkkkkkk kita nak agungkan mereka. Tapi jua sekadar berlandsakan masa silam tak akan membawa kita ke mana kalau orang di zaman ini hanya mampu bermegah dengan sejarah keagungan islam lampau
Tak gitu wok?
Related Posts :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
12 Dakwat Tumpah:
Subhanallah :D
setuju yg sebaik-baik kitab sains adalah Al-quran
semua ilmu pelbagai aspek ada terkandung
nice entry
ai loike !
barat sudah mengakui nye..
tapi still tak nak beriman..
subhnallah~~bagus kan..
subhanallah...
tu semua kebesaran Allah..
nice entry!
betapa besarnya bukti kekuasaan Allah tuhan kita...
Kalau saintis2 tu bukan beragama Islam, moga dibukakan ppintu ati dorg memeluk agama suci ni setelah mengetahui sendiri btapa benarnya segala isi kandungan Al-Quran..
Allah sememangnya menjadikan suatu perkara yang benar..tiada yang dusta..
subhanallah.....
Al-Quran adalah sebaik-baik sumber rujukan di dunia..
alhamdullillah. akhirnya saintis mengiakan juga tntg kebenarannya..
thanx sharing...
suka je bace entri nih...
(^_^)
subhanallah..semuanya mmg tealh termaktub di dalam al-quran. zat Allah yang tiada taranya.
thx for the info.
satu² dah ditunjukkan. lagi menguatkan pendekatan diri kepada-Nya. ;)
Post a Comment