PENAJA - IKLAN BERBAYAR
Pecutian Ke Marikh Selama lamanya .....
Aha berita baik dari pihak NASA
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merancang satu misi berani untuk menghantar beberapa angkasawan dalam satu laluan sehala bagi membolehkan mereka tinggal di planet lain buat selama-lamanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Idea itu dikenali sebagai Kapal Angkasa Seratus Tahun bagi menghantar angkasawan menjajah planet lain.
Dalam misi itu, beberapa angkasawan bakal dihantar ke planet seperti Marikh dan mereka mengetahui tidak lagi akan pulang semula ke Bumi.
Pengarah Pusat Penyelidikan Ames milik NASA, Pete Worden menyatakan bahawa pihaknya telah menerima pembiayaan sebanyak AS$1.58 juta (RM4.91 juta) untuk memulakan projek terbabit.
Pasukan penyelidik turut menerima wang tambahan sebanyak AS$100,000 (RM310,850) daripada NASA.
"Kami juga berharap dapat meminta beberapa orang bilionair untuk membentuk satu dana dikenali Kapal Angkasa Seratus Tahun.
"Program angkasa lepas sekarang sangat bermatlamat untuk membolehkan manusia tinggal di dunia lain," kata Worden.
Worden juga memberitahu, dia sudah berbincang mengenai kos penerbangan satu hala ke Marikh dengan pengasas bersama enjin carian Google, Larry Page.
Misi tersebut mungkin melibatkan kos AS$10 bilion (RM31 bilion). Dia menyatakan bahawa teknologi-teknologi baru seperti biologi sintetik dan pengubahsuaian genom manusia boleh diteroka dalam misi terbabit.
Worden mendakwa manusia boleh berada di bulan planet Marikh menjelang tahun 2030. - Agensi
Ha apa lagi cepat la apply beramai ramai cost free yang pasti dah pergi tak akan kembali dan paling cepat pun boleh pergi 20 tahun lagi :-)
Related Posts : Berita Semasa,
Kehidupan,
NASA
Labels:
Berita Semasa,
Kehidupan,
NASA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Online User
8 Dakwat Tumpah:
Tingin nak p planet pluto~ XD
kalau byk duit nuffnang leh gak pergi.. hahah
pergh.
lg maju dunia.
lg gua takot nak idop kat dunia.
huhu
tak mampu la~
sape la angkasawan malang itu...
eiii..ntah hape2 ntah idea omputeh ni..nasib ler sapa yg dpt p tuu..
malang sungguh nasib angkasawan tu.. hope dia dapat ilmu baru kat atas sana.. huhu
bukan leh caya dorang nih, ke bulan pun dorang tipu, mana mungkin teknologi 60an lagi ampuh daripada teknologi sekarang, tengok sekarang asyik meletop je roket nasa
Post a Comment