Bendera Rasmi Korea Selatan |
Bedilan itu menyebabkan tentera Korea Selatan membalas dengan serangan artileri serta mengerahkan beberapa buah jet pejuangnya ke lokasi tersebut dengan pertempuran berterusan selama sejam.
"Rumah-rumah dan beberapa kawasan pergunungan terbakar manakala orang ramai berpindah dari Pulau Yeonpyeong," kata seorang saksi kepada stesen televisyen YTN.
Sumber Korea Utara mendakwa, serangan meriam itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.
Selepas serangan itu berlaku, asap kelihatan dari bangunan-bangunan di Pulau Yeonpyeong yang dihuni kira-kira 1,700 orang awam dan terletak sekitar 120 kilometer ke barat ibu kota Korea Selatan, Seoul.
Latihan tentera oleh korea selatan menyebabkan korea utara bertindak balas |
Sementara itu, Amerika Syarikat semalam mengutuk serangan Korea Utara itu dengan Setiausaha Akhbar White House, Robert Gibbs meminta Pyonyang supaya menghentikan tindakan provokasi dan mematuhi perjanjian gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea pada 1953.
Serangan kali ini adalah yang terbaru dalam persengketaan ketenteraan antara kedua-dua belah pihak selepas sebuah kapal perang Korea Selatan tenggelam pada Mac lepas dipercayai akibat bedilan torpedo tentera Korea Utara. - Reuters
hEHEHE NASIB BAIK TENTERA KOREA UTARA HANYA SERANG SEBUAH KEPULUAN KECIL JER KALAU DIA SERANG KAT BANDAR BANDAR UTAMA HABISLAH SUPER JUNIOR KORANG ~~"
Habislah peminat SUJU kalau korea selatan di serang :-) |
3 Dakwat Tumpah:
bilalah dorang ni nak aman kan ?
haha..part last tu x thn..super junior x jadik la perform gitu
no2.. jangan diapa2kan korea selatan ku.. LOL..~~
Post a Comment