nggota bomba berusaha menurunkan suspek kes ragut selepas cuba memanjat bumbung dan menyelinap di sebalik tangki air jirannya di Taman Bukit Kepayang, Seremban semalam. |
Kedua suspek yang berada kira-kira lebih sejam di atas bumbung tersebut akhirnya dibawa turun oleh sepasukan bomba sebelum mereka ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua suspek lelaki berusia 20-an itu dipercayai melakukan kegiatan ragut di sebuah rumah di sekitar Jalan Tan Sri Manickavasagam kira-kira pukul 6.15 petang Selasa lepas.
"Dua suspek terlibat kes ragut itu menggunakan alasan mahu memungut hutang ketika melakukan jenayah di rumah terbabit. Mereka kemudiannya dikatakan cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser.
"Mereka juga dipercayai melarikan beg pinggang mangsa yang berisi sejumlah wang," katanya di sini semalam.
Kalau sesak sangat pun kawan jangan la meragut.....ramai orang yg tak bedosa jadi mangsa bila kena terajang kena basuh salahkan rakyat guna undang undang rimba la bagai la..... tapi bila meragut tak fikir pulak kan
2 Dakwat Tumpah:
takde keje carik keje,kan da nahas tuuu.adoiila budak2 ni ;)
huhuh..sepandai3 tupai memanjat bumbung..akhirnya jatuh ke tanah jua..hohoho
Post a Comment