PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Manusia akan Pulihkan organ yang rosak dengan Sendiri?

HAIWAN salamander Axolotl boleh memulihkan organ tubuhnya yang putus.


Anggota badan dan organ manusia yang kudung boleh tumbuh semula pada masa depan setelah sekumpulan saintis di Jerman semakin hampir membongkar rahsia bagaimana haiwan salamander menumbuhkan semula kakinya yang putus atau memulihkan organnya yang tercedera, lapor sebuah akhbar semalam

Kumpulan saintis Sekolah Perubatan Hanover di sini sedang mengkaji haiwan salamander Axolotl yang hidup di Mexico.

Mereka berjaya mengasingkan gen amfibia itu yang berfungsi menumbuhkan semula organnya dengan harapan gen berkenaan dapat digunakan untuk menumbuhkan organ manusia kelak.

"Proses penyembuhan haiwan salamander Axolotl berlaku dalam sekelip mata," kata seorang saintis kumpulan itu Björn Menger yang disiarkan dalam majalah tempatan, Spiegel pada minggu ini.

"Anda dapat menyaksikan sendiri proses penyembuhan itu berlaku," tambahnya.

Selain anggota badan, ia juga dapat memulihkan kecederaan pada otak dan saraf tunjangnya sekali gus meningkatkan harapan pesakit yang lumpuh untuk kembali berjalan -AGENSI


.....Sehebat mana pun teknologi sains jangan sesekali kita melangkaui kuasa tuhan....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


6 Dakwat Tumpah:

Mawar Merah said... [Balas Komen Ini]

Yo ko bulih tumboh balik anggota badan manusia yg kudung tu? Kalo camtu, syukur la mereka2 yg merempit dan telah kudung kaki tangannye. Tah hape2 la Saintis Jerman ni. (^.^)

Kie-yu said... [Balas Komen Ini]

ayat yg last itu mmg terbaik!!!!

ehem..meh sahut cabaran di:
http://rumah4tingkat.blogspot.com/2010/12/bloglarian.html

suka_haha said... [Balas Komen Ini]

oo.. dah makin maju dah diorang ni hehe..

jemput ke sini ye

oya said... [Balas Komen Ini]

begitu ye kajiannya..
utk memulihkan..

AiDa AzRyN said... [Balas Komen Ini]

comelnye salamander... 0_0

Seizer said... [Balas Komen Ini]

jangan melangkaui? manusia boleh cipta macam2.. tapi takkan dapat menyamai lagikan melangkaui

Post a Comment

 Online User