PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Tazkirah Jumaat - Berbahas lah dengan Berhikmah....



Firman Allah S.W.T Makhfumnya....

"DAN janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik Kecuali orang orang yang berlaku zalim di antara mereka:dAn katakanlah (kepada mereka);"kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami,juga Tuhan kamu adalah SATU ;dan kepada Nya-lah kami patuh dengan berserah diri - Surah AL - Ankabut :46)

Huraian:

Islam senantiasa mengajar umatnnya agar sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia,tidak kira sama ada mereka Islam atau bukan Islam, lebih lebih lagi kepada yang Seakidah. Dalam hal berkomunikasi di antara orang Islam atau dengan golongan ahli kitab Allah SWT telah menjelaskan bagaimana adab berbicara yang seharusnya dilakukan oleh umat Islam iaitu dengan berhikmah dan bijaksana.

Tujuan adalah menerangkan bahawa hikmah kedatangan risalah yg dibawah oleh Nabi Muhammad S.A.W dan hubunganya dengan risalah risalah yang dibawa oleh rasul sebelumnya yang menjhadi pengangan golongan ahli kitab.

Ia juga merupakan satu usaha menyakinkan mereka supaya berpegang teguh dengan risalah akhir yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai bentuk dakwah yang menyempurnakan dakwah dakwah sebelumnya.

Walau bagaimana sekalipun bagi golongan yang zalim iaitu yang menyeleweng dari akidah tauhid dan jeles menyekutukan Allah perdebatan yang baik adalah tidak perlu kerana mereka terang terangan menidakkan keesaan ALLAH

Umat Islam perlu meyakinkan golongan ahli kitab bahawa wajib kitab kitab yang diturunkan oleh Allah kepada mereka dan kepada umat umat sebelum mereka kerana kita kitab suci dan rangkaian Agama adalah bersambung sambungan antara satu sama lain

Aplikasi di dalam dunia Blog?

Mengkritik la secara membina,berilah pendapat untuk memperbaiki dan menegurlah secara berhikmah,kalau nampak posting over kritik tapi biarlah berpada pada kalau nampak kemungkaran di depan mata tegur la secara berhikmah (kalau tidak mampu sekadar berdoa pun taker) janganlah nak kondem orang berbagai sangat kerana kita juga manusia seperti mereka tidak lepas dari melakukan sebarang silap dah salah

Apa yang penting tegurlah AKU kalau aku terkhilaf sepanjang perjalanan Ini

-Sebarkanlah walau hanya sebaris Ayat-
Barkallah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

amira said... [Balas Komen Ini]

yep.. sokong tu.. tapi kengkadang tak tahan gak
terguna bahasa kasar.. huhu

toyolkiut said... [Balas Komen Ini]

ingatan sepnjang usia..

Post a Comment

 Online User