PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

Review - Petaling Street Warrior.


Berkesempatan melepak bersama legend blogger Bro Framstone dan juga ratu twitter (aku takde twitter) ieyra.com menjadi satu daripada peluang yang tak mungkin dilepaskan oleh aku. Kebiasaanya mendengar nama dan mendengar khabar dari jauh dan akhirnya bertentangan mata.

Bertarikh 25 November yang lepas Bro Frametone telah menawarkan peluang bagi mengikuti pratonton sebuah filem terbaru dari pengarah, James Lee yang mengenalkan
pelakon terkenal dan bakat-bakat tabir belakang dari Malaysia, Singapura dan Hong Kong, akan ditayangkan secara rasminya di seluruh pawagam Malaysia dan Singapura.


Filem klise yang belatarkan Jalan Petaling (Petaling Street) di era 1980 dimulakan dengan adengan perebutan kuasa oleh dua kumpulan gangster di Jalan Petaling. Mereka mengambil wang perlindungan daripada penjaja yang berniaga di situ.


Filem yang juga cuba merungkai misteri kehilangan pewaris terakhir Dinasti Ming yang dikhabarkan melarikan diri ke benua asia setelah revolusi bermula. Jalan cerita yang agak perlahan pada mulanya hampir membuatkan penonton terlena. Kerana bagi pendapat saya pengarah tidak mengupas dengan lebih lanjut mengenai asal usul pewaris maharaja dinasti ming lakonan See Du Yew (Mark Lee) membuatkan penonton tertanya tanya perkara yang berlaku.

Isteri See Du Yew (Mark Lee) lakonan Zhung Li Chun (Yeo Yann Yann) yang sebenarnya merupakan pelindung kepada waris maharaja dan kononya rahsia hara karun warisan dari dinasti Ming.

Jalan cerita yang klise dapat di baca oleh penonton kerana harta karun itu juga diburu oleh kumpulan ninja jepun dan kumpulan sida sida ( juga tidak diolah dengan mendalam tentang tujuan , asal usul,kewujudan mereka) yang ingin memburu harta karun yang menjadi misteri.

Mungkin adengan berlawan menjadi penyelamat di dalam filem ini kerana aksi aksi berlawan walalupun tidak sehebat mana tapi menarik perhatian penonton dengan teknik janaan CGI. Sesuai dengan cerita Kungfu Komedi, lawak yang dipertontonkan berjaya menyegarkan penonton.

Adakah pewaris Maharaja Dinasti Ming akan mengembalikan tahtanya?adakah harta karun yang dicari berjaya ditemui Saksikan di pawagan 1 December 2011

Credit Gambar : http://www.ieyra.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


2 Dakwat Tumpah:

neyra shazeyra said... [Balas Komen Ini]

amek la.. no big deal :)

Kakiwayang said... [Balas Komen Ini]

setuju dengan review ni...cam cite teruna tua tiba2 habis camtu...pastu entah dari mana datang kongsi gelap tu.... tapi kelakar la juga cite ni, kira nice movie.cuma ada babak perlu dimasukkan seperti yang anda tules.... anyway, jemput juga baca review kami di Kakiwayang.com ...

Post a Comment

 Online User