PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

BAYI @ PLKN APAKAH?


PAPAR: Tangisan bayi pada awal pagi yang mengundang ketakutan di kalangan pelatih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, terjawab apabila menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan rakan mereka di dalam tandas pusat berkenaan, awal pagi semalam.

Bayi yang masih berdarah dan bertali pusat itu ditemui sekumpulan pelatih yang menyiasat arah tangisan berkenaan sebelum mengesan bunyi itu datang dari bilik air.


Sebaik memasuki tandas, kumpulan pelatih berkenaan terkejut melihat rakan mereka dalam keadaan tidak bermaya memegang bayi sebelum menghubungi pihak pengurusan memaklumkan perkara itu.


Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.


“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.


“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.


Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama.


“Siasatan awal polis mendapati pelatih itu pernah menjalin hubungan rapat dengan lelaki dipercayai kekasih yang menetap di kampungnya di Keningau.


“Ketika mendaftarkan diri di pusat latihan itu pada Mac lalu, pelatih berkenaan dipercayai sudah berbadan dua,” katanya.Katanya, pelatih itu bijak menyembunyikan kehamilannya sehingga tidak disedari jurulatih dan rakan pelatih lain.


“Semua jurulatih mengaku tidak menyedari mengenai perkara itu sepanjang dua bulan pelatih berkenaan menjalani latihan di kem itu.


“Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang boleh membantu siasatan,” katanya.


Sementara itu, Nik Zaidi turut mengingatkan pihak pengurusan PLKN melakukan pemeriksaan lebih teliti terhadap pelatihnya.

Sumber - Harian Metro


Tinta Bicara - Baguslah lepas ni semua kem akan buat pemeriksaan kehamilan takot2 ada sekoq dua yg telepas kan ke naya nanti

Nasib baik gak la bayi tu tak digugurkan oleh mak dia

doakan yg terbaik untuk mereka

dont judge their past but accept who they are now


Regards



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


8 Dakwat Tumpah:

Sesopie said... [Balas Komen Ini]

Muda2 dah ada anak.. Tapelah..It's better than buang anak teru..=)

Nazhatul said... [Balas Komen Ini]

okeh.. bdk skrg mmg advance.. sume nk try.. huhu..

agreed with that.."don't judge their past but accept who they are now"..

yg lps, xyh nk kenang2.. bia jd sejarah dan panduan supaya tk lakukan kesilapan yg same..

(^__^)v

MISH LOLIPOP said... [Balas Komen Ini]

ishk2..

Norul Malakiah Sidek said... [Balas Komen Ini]

xpasan ke time dafter tuh perut beso

NurSya said... [Balas Komen Ini]

baru bace brite ni td kat metro..hmmm btambah lagi baby luar nikah..:(

Si GadisSemasa said... [Balas Komen Ini]

err , mase wat medical check up xkn tak pasan kot . pelik @__@

NiZaM Limited said... [Balas Komen Ini]

Sengal la..marah btol kalo berita camni kluar..
tu la pslnye wanie..bkn nk pg PLKN kena pg medical checkup ke. cmne bleh lepas plak dia. grrr..

lagi satu kpd Rifwah yg kasi komen no 2 atas ni. jgn senang2 je ckp accept mereka seadanya camtu je. kena ingat syukur dia pg PLKN sume org prasan bayi nangis..kalo kat luar, tah anak tu tah kena buang..

Tau tak statistik anak luar nikah yg didaftarkan thn lepas lbh drpd 17 ribu orang. so jgn nk pndang ringan perkara ni.

utk lebih info psl anak luar nikah 17 ribu tu tgk sini http://nizamlimited.frenzyfm.my/masalah-sosial.html

sumenye aku dah ungkapkan kat situ..

Nazhatul said... [Balas Komen Ini]

to Nizam limited:

kalau diorang da insaf, why not kite except kan? lg pon tu dosa die dgn Allah.. kalau Allah da ampunkan dosa hamba-Nya, kenapa kite pulak yang nak hukum diorang lagi.

Post a Comment

 Online User