KABUL: David Beckham berkata, jika ditakdirkan tidak menjadi pemain bola sepak, pasti dia menyertai ribuan tentera Britain yang bertugas di Afghanistan ketika ini.
Berucap di depan ratusan tentera di Helmand semalam, bekas kapten pasukan England itu mengadakan lawatan ke situ untuk memberi sokongan moral dalam kempen Britain di Afghanistan.
Beckham membuat kenyataan itu selepas ditanya sama ada dia terfikir untuk menjadi tentera.
“Tidak syak lagi. Saya banyak kali mewakili England di atas padang, tapi apa yang anda lakukan di sini amat mengagumkan,” katanya.
Beckham diberikan kelengkapan secukupnya ketika berada di Afghanistan dan tidak melepas peluang melihat senjata digunakan di situ.
Selepas bermalam di katil standard tentera, dia menghabiskan masa berjam-jam menurunkan autografnya kepada semua tentera yang hadir. - Agensi
TintaBicara - Senyum tersimpuh :-)
0 Dakwat Tumpah:
Post a Comment