Assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia
Saya bukanlah  seorang ahli politik,minat politik mewakili mana mana pertubuhan cerdik  pandai,ahli-ahli agama saya hanyalah seorang rakyat malaysia yang tiada  hak untuk membuat dasar hanya boleh bersuara ,seorang belia berbangsa  melayu dan seorang blogger picisan yg tidak lah sepopular mana
Di ruang ini saya ingin meluahkan rasa sedih kepada kerajaan  Malaysia yg diterajui Dato Seri Najib sebagai perdana menteri kerana  meluluskan lesen perjudian untuk piala dunia yang akan berlangsung.  rujuk akhbar utusan melayu 13 May muka surat 25.
FAKTA
Y.A.B Dato Seri
Saya sedia maklum bahawa  perlembagaan negara Malaysia yang tercinta ini memberikan kebebasan  beragama dan mengamalkan agama masing masing mengikut kepercayaan masing  masing.Jadi apakah Rasionalnya lesen perjudian ini di luluskan oleh  Kerajaan Malaysia yang tercinta ini.Bukankah agama islam itu adalah  agama rasmi Malaysia . Kenapakah sensitiviti rakyat Malaysia yang  majoritinya beragama Islam tidak di jaga dalam kerajaan membuat dasar  dan keputusan Saya amat sedih Sekali
Y.A.B Dato Seri
Mengikut laporan akhbar utusan malaysia lesen  judi ini diberikan bagi mengelakkan pertaruhan haram yang mungkin  berlaku, ingin saya melontarkan persoalan kepada cerdik pandai lagi  bijak sana sejak bila Judi itu dihalalkan dalam Islam belum pernah lagi  saya baca dalam mana mana Buku agama yg mengatakan ada judi yang halal
Saya amat kecewa.
Y.A.B Dato Seri
Mengikut laporan akhbar itu  juga judi ini hanya di khaskan kepada orang bukan islam dan orang islam  tidak dibenarkan berjudi.Nampak kebodohanya apabila kenyataan yang  dikeluarkan sedemikian rupa? Sedang kan mana mana agama dalam dunia ini  Mengharamkan judi. Jadi untuk siapakah yang mendapat manafaat dalam  aktiviti ini persoalan demi persoalan yang akan timbul dalam keputusan  ini. dengan penguatkuasaan yang lemah nombor ekor yang boleh di beli  oleh semua masyarakat adakah kerajaan dapat mengawal orang islam dari  berjudi? Akhirnya yang salah dan akan disalahkan adalah orang islam yg  majoritinya melayu sebab membeli tiket judi itu
Saya amat kecewa
PENDAPAT.
Y.A.B Dato Seri
Dalam  membuat keputusan kerajaan saya amat sedih melihatkan peranan menteri di  jabatan agama islam,mufti mufti penasihat penasihat agama tidak  bersuara dalam membantah keputusan kerajaan ini adakah berdiam diri  kerana takut tergugat akan kedudukan masing-masing atau kerajaan tak  pernah mengambil nasihat dari cerdik pandai sebelum membuat dasar
Y.A.B Dato Seri
Rakyat malaysia juga kebanyakanya pasti akan  menentang keputusan ini kerana banyak perkara buruk yang akan terjadi  dari kebaikan
saya amat sedih sekali
Menteri-menteri melayu islam  berdiam diri mengelak dari membuat sebarang kenyataan
saya teramat sedih sekali kerana saya sebangsa dengan mereka
Di  manakah dia pembuat dasar- dasar negara yang hebat dan bijak pandai
AKIBAT
Y.A.B  Dato Seri
Percayalah selepas ini makin ramai mangsa- mangsa  ceti haram akan tampil meminta bantuan bagi menghapuskan hutang yang  mereka pinjam untuk berjudi
keluarga akan terabai maka menjadi konflik dalam akar sesebuah  masyarakat.Maka habislah anak anak muda yang hilang kasih sayang akibat  masalah keluarga
Y.A.B Dato Seri
Kafarah Allah juga akan  diturunkan kepada negeri yg mana pemerintahnya menghalalkan judi arak  dan riba maka beringat lah sebelum kene wahai kerajaan Malaysia
ya kita bukan Malaikat yang tak terlepas dari membuat kesilapan tapi dah  bende yang memang mendatangkan manafaat kepada hanya segilintir orang  sahaja pihak yang satu lagi akan rugi jadi haruskah kita teruskan  keputusan ini
Semoga negara Malaysia yang mana status agama rasminya islam akan  mengambil iktibar dari perkara ini sesungguhnya Judi arak dan riba itu  haram disisi agama islam dan kepercayaan agama- agama lain jadi  renungkanlah
TintaBicara
KualaLumpur
NotaKaki : Aku belajar di  sekolah bahawa utusan melayu itu adalah wadah bangsaku yang bangkit  menentang kerajaan british lalu bersama menuntut kemerdekaan
wadah  bangsaku yang berani bersuara menentang ketidakadilah ia adalah utusan  melayu iaitu utusan bangsaku bukan meloya dan berbagai-bagai aku harap  tangan dan mulutnya tak di pasung sehinga tidak berani berbicara  menentang ketidak adilah hanya seperti di ikat tali pada lehernya  mengikut rentak gendang di palu
Assalamualaikum
Post ini telah di hantar ke forum@utusan.com.my pada jam 9.28pm hari ini
walaupun aku yakin ia takkan di siarkan kerana menyentuh sensitiviti kerajaan
aku telah melakukan apa yang aku termampu
BilaTintaBicara


0 Dakwat Tumpah:
Post a Comment