PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

KJ SUDAH MASUK WATANIAH, ANDA BILA LAGI????



ANDA SEMUA MASIH INGAT LAGI ENTRY TINTA TENTANG SERANGAN DI WAKTU SUBUH CLICK SINI

Ha kini wataniah telah mendapat nama akibat penyertaan prebet kj wahhh ikuti laporan ini


1. Macam tidak percaya tapi itulah hakikatnya apabila saya menyaksikan sendiri Ahli Parlimen Rembau dan juga Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin (KJ) mengetuai kawad selepas tamat latihan sebagai askar dalam Wataniah.

2. Saya memang selalu menghadirkan diri dalam majlis-majlis anjuran tentera, hari ini saya pelik apabila melihat mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pun datang dengan isterinya,bapa mertua KJ malah "orang rumah" KJ pun datang.

3. Habis gemparlah Kem Wataniah Rasah untuk Rejimen 508 Askar Wataniah itu dengan segala VIP macam Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan...dan....Jason Lo pun ada. Jason ni penyanyi lagu "Evening News", emmm apa kena mengena Jason ini dengan KJ atau isteri dia yang ada kaitan dengan KJ atau keluarga Pak Lah.

4. Agak kurus dan rentung KJ tetapi saya akui lah walaupun saya bukan penyokong beliau, tetapi secara ikhlas saya KJ fikir langkah beliau menyertai Wataniah ini merupakan satu perkara yang sangat baik malah beliau sendiri segak dan berkarisma sebagai seorang tentera.

5.Oleh kerana kawan wartawan mengenali saya sebagai blogger, maka saya dijemput sama untuk menyertai sidang media bersama KJ, jadi marilah kita ikuti temubual saya dengan KJ dan apa KJ cakap pasal Askar Wataniah :

SHAHPASKAL : INI PASAI APA SAUDARA KJ MASUK WATANIAH NI?

KJ : 6210405 itu identiti saya (KJ) selama satu bulan, di Rejimen 508 Wataniah di mana apabila kita masuk dalam rejimen ini, kita tinggal segala gelaran, pangkat di luar pagar

KJ : Di sini tidak ada siapa panggil saya yang berhormat atau YB, saya(KJ) tidak diberi apa apa keistimewaan, saya dianggap sebagai perajurit biasa dan seperti mana, yang disebut oleh Menteri Besar tadi, daripada saya hanya menerima pangkat kehormat, sedangkan saya masih lagi muda, ada sedikit stamina, baik saya sertai terus Askar Wataniah.

KJ : Memamg betul saya ditawar pangkat kehormat (pangkat tanpa latihanlah), mejar ke, kolonel ke, tetapi bagi saya kalau nak pakai uniform itu, terutama sebagai orang yang masih muda kita kena lalui daripada bawah. Jadi dalam askar ini dia tidak ada jalan pintas, dia kena mula dari bawah.

KJ : "I was a normal rekrut like any other rekrut dan saya tidur dengan dia orang, saya masak dengan dia orang, saya makan dengan dia orang, saya mandi dengan dia orang, semualah kita buat sama,".

KJ : Sebab saya hendak tunjuk askar Wataniah ini satu program yang bagus yang perlu dapat sokongan dan penglibatan daripada generasi muda di Malaysia. Kkita tidak ada kerahan tenaga seperti negara negara lain, kita ada PLKN tetapi PLKN dia lebih kepada satu latihan yang boleh dikatakan ringan. Walaupun PLKN tiga bulan dan Askar Wataniah ini satu bulan, askar ini, saya belajar satu benda.

KJ : A.S.K.A.R maknanya Azab Seksa Kau akan Rasa.

Sumber MilitaryInfo

TintaBicara - Ayuh rakyat Malaysia tak kira goment swasta pelajar mahupun suri rumah sepenuh masa jom kita laksanakan konsep doktrin " Pertahanan Menyeluruh"
Kita adalah benteng kepada negara kita di masa hadapan

Sila Layari website regiment 515 askar wataniah - Lokasi Kuala Lumpur untuk dapatkan maklumat lebih lanjut bagi menyertai sukarelawan wataniah

Tahniah Prebet Khairi :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1 Dakwat Tumpah:

www.dunialandax.com said... [Balas Komen Ini]

mmg sebulan je ker??bukan 6 bulan??

Post a Comment

 Online User