PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

PERKARA ASAS PERTOLONGAN CEMAS - PT 1


Assalamualaikum
bersempena sambutan hari ulang tahun Pertubuhan Bulan Sabit Merah
saya ingin berkongsi sedikit tip2 asas pertolongan cemas
yang mungkin berguna pada kita
tanpa kita sedari

6 PEKARA ASAS YANG PERLU DIKETAHUI ADALAH

1. Membantu mangsa secukupnya (bantuan keselamatan asas)
2. Mulakan prosedur pernafasan (pertolongan cemas primer)
3. Hentikan pendarahan
4. merawat renjatan
5. merawat kecederaan mata
6. merawat luka terbakar


TEKNIK SAFE

Pada setiap keadaan kecemasan, lakukan teknik SAFE yang bermaksud:

S - Summon / Shout for help (Dapatkan bantuan)

* Dalam kebanyakan kes, lebih daripada seorang pembantu diperlukan

A - Approach with care & Assess the situation (Lakukan pendekatan dengan berhati-hati dan menilai keadaan tersebut)
* Kemungkinan wujudnya bahaya di kawasan sekeliling tidak dapat dipastikan dan boleh membahayakan penyelamat dan seterusnya menambahkan lagi masalah. Peningkatan bilangan mangsa akan mengurangkan keupayaan bantuan perubatan yang ada.
* Bahaya boleh jadi di dalam bentuk wayar elektrik hidup, risiko letupan atau kebakaran dari tumpahan minyak, haiwan berbisa dan lain-lain

F - Free from danger (Bebas dari bahaya)
* Mangsa mesti dibebaskan dari segala bahaya atau perkara yang menimbulkan bahaya tersebut perlu dialihkan atau dibuang dengan penuh hati-hati. Contohnya, matikan enjin kereta, alihkan wayar elektrik yang hidup menggunakan batang kayu, halau haiwan berbahaya seperti ular, dan lain-lain lagi

E - Evaluate casualty's condition (Menilai keadaan pesakit)

PERTOLONGAN CEMAS PRIMER

Lakukan perkara-perkara seperti berikut apabila anda mendekati mangsa yang mengalami kecederaan teruk

* SALURAN UDARA - periksa samada saluran udara mangsa dan pastikan ia
samaada tidak dihalang oleh lidah, bendalir rembesan atapun bendasing. Cara yang perlu dilaksanakan untuk memberi bantuan terhadap saluran udara ialah dengan meletakkan mangsa berbaring menelentang dengan tegak dan mulut mangsa dibiarkan terbuka.


* GUNAKAN dua jari untuk membersihkan mulut dari sebarang halangan yang boleh dilihat.

* KELUARKAN gigi palsu hanya jika alat tersebut longgar.


* ELAK dari memasukkan tangan terlalu dalam kerana ini boleh menyebabkan halangan yang tidak dapat dilihat termasuk pada saluran udara.

* BERNAFAS - periksa samaada mangsa masih bernafas, jika tidak, berikan bantuan pernafasan.


* EDARAN (circulation) - periksa samaada nadi mangsa masih berdenyut. Jika tiada, lakukan tekanan pada dada (kompresi dada)



Sudut Info - Sesorang yang berada di dalam situasi perang dengan memakai pakaian berlambang bulan sabit adalah tidak dibenarkan untuk dibunuh malah harus dihormati dan diberikan perlindungan berdasarkan konvensyen geneva

Chapter IV, Article 25 of the Geneva Convention states that "Members of the armed forces specially trained for employment, should the need arise, as hospital orderlies, nurses or auxiliary stretcher-bearers, in the search for or the collection, transport or treatment of the wounded and sick shall likewise be respected and protected if they are carrying out these duties at the time when they come into contact with the enemy or fall into his hands." Article 29 reads "Members of the personnel designated in Article 25 who have fallen into the hands of the enemy, shall be prisoners of war, but shall be employed on their medical duties insofar as the need arises."

Regards
TintaBicara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


4 Dakwat Tumpah:

NHIDAYAT said... [Balas Komen Ini]

i pengakap waktu sekolah dulu..hahaha

salam ziarah, visit me ya bila free

http://ilovefullcreammilk.blogspot.com

NHIDAYAT said... [Balas Komen Ini]

bahahaha, akak emo suruh bf download kan the whole series

heee http://ilovefullcreammilk.blogspot.com/2010/05/semua-blogger-yang-top-kena-baca.html

hakimfaridzul said... [Balas Komen Ini]

kalau shout tu, saya boleh tolong!!!

wakakakaka

Asyraf Hamasaki said... [Balas Komen Ini]

ok la tuh atleast kan :D

Post a Comment

 Online User