PENAJA - IKLAN BERBAYAR



Sila click pada ruang yang kosong atau Email Kepada BilaTintaBicara@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut

SORRY BRADER WA SUDA SALAH SAPU ^^"

Kereta ditemui semula

SHAH ALAM: ‘Sorry PDRM, tersilap sapu.” Nota bertulisan tangan itu ditinggalkan dalam kenderaan rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang ditemui di Jalan PJU 10/9, Prima Damansara, dekat sini, semalam, selepas dicuri Khamis lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata kenderaan itu ditemui dalam keadaan baik selepas 48 jam ia dilaporkan hilang, cuma ada kesan guntingan pada sistem penggera keselamatan kereta.


Menurutnya, usaha mengenal pasti suspek giat dilakukan dan polis dari Unit Forensik kini berusaha mengesan cap jari penjenayah bagi membantu siasatan.


“Kereta itu ditemui oleh polis dari unit MPV (Kenderaan Peronda Polis) Damansara sebelum memaklumkan kepada ibu pejabat untuk tindakan lanjut.


“Ketika ditemui ia dalam keadaan baik, malah nombor pendaftaran juga tidak diubah,” katanya ketika ditemui semalam.

Kok Chin berkata, nota ditinggalkan penjenayah terbabit menunjukkan dia tahu polis berusaha mengesan kenderaan terbabit.


“Nota yang ditemui ini bertulisan tangan menggunakan pen berdakwat hitam. Mungkin dia (penjenayah) pun tahu kereta ini milik Ketua Polis Selangor yang sedang dicari, menyebabkan dia meninggalkannya di sini,” katanya sambil menambah, ada kesan gunting pada sistem penggera keselamatan kereta.


Ditanya sama ada kejadian itu didalangi sindiket curi kenderaan, Kok Chin berkata, pihaknya masih menunggu siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin, ketika dihubungi berkata, kenderaan itu kini dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.


Kereta itu hilang kira-kira jam 8.15 pagi di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9, di sini, Khamis lalu. Kenderaan itu dibawa pemandu Khalid dan diletakkan di kawasan letak kereta berhampiran sebuah restoran. Ketika kejadian, Khalid berada di luar negara.


Sumber Harian Metro


P/S Lu ada berani sapu lu tunggu lu punya turn untuk kene sapu :D
Lu memang Keng ^^"


Regards
TintaBicara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


0 Dakwat Tumpah:

Post a Comment

 Online User